Skip to main content

Udang Tempoyak Ibu Mertua ku...

Salam..!

Heyyy uolzzz..!! iolzz sekarang ni nak share dengan uolz resepi udang tempoyak Mummy (my mother-in-law)
Tengah dok lipat-lipat baju tadi tetiba pulak teringat tempoyak Mummy.. Sedapnyee... alamak, lapar balik la.. 

Dulu kalau sebut je tempoyak mesti aku geleng kepala. Yes..! aku memang hantu durian tetapi katakan  tidak pada tempoyak..! 1st try dulu memang tak boleh telan.. 
automatik rase nak lempang sesape yang ada kat sebelah, 
"kenapa tak halang aku makan sambal tempoyak nih..??!!!!" 
kembang tekak toq.. 

So, once upon a time.. wah..!! Mummy masak udang tempoyak, aku dah mula resah gelisah gundah gunalan. Adoi, tak makan kang takut kecik hati, yela awal-awal kahwin dengan anak jantan dia kena lah ambil hati kennnnnn.. Gitewww..

Then, aku bukak mulut dengan penuh redho wa rohmah untuk gagahkan diri makan jugak udang tempoyak tu.

AAAUUUMMMMM.... huurrmmm.. perasaan semacam... Aku pandang tempoyak tu dalam-dalam.. dalam lagi... dalamm lagi............. dan.....





OOOOIIIIIII, SEDAAAAAAAPPPPPPPP...!!!

Tambah lagi bersudu-sudu tanpa malu.. Masa tu aku langsung tak ingat cara-cara & bahan-bahan untuk masak tempoyak style Mummy.. Al-maklum, aku ingat xboleh telan jugak. Tak sangke, sedap la pulok kan..

Nak tanye malu, aku pun tunggu lah Mummy masak tempoyak lagi next time...3 minggu kemudiannn & masa tuh, aku tekun..! Terus hafal resepi UDANG TEMPOYAK ALA MUMMY... wahhhhhhhhhh... grand sgt uolzzz..

Banyak sangat bebel ni, takut kena direct slap on my flawless face pulak kan.. haha..!!
 Sila la anak dara, mak dara, nenek dara sekalian mencuba resepi UDANG TEMPOYAK ini.. ^_^

!!!!....LAPAR....!!!!


Bahan-bahan :

Sebiji durian (diambil isinya saja, kalau anda suka boleh masak dengan kulit & bijinya sekali)
3 batang serai
2 biji cili besar (merah, buang biji)
7 - 15 biji cili padi ( kalau kental pada pedas, diwajibkan letak sekilo. Hijau boleh, merah boleh. If jumpa warna kelabu biru-biru pun boleh. Suka kau la labu)
Kunyit hidup, sebesar ibu jari
Santan 150 ml
2 helai daun kunyit
Gula merah, sebesar cintaku padamu..eh silap, sebesar ibu jari..
Udang yang dah dibuang kulit & ikut suka nak taruk banyak mana
Kencur sebesar jari kelingking, 2cm je..
Sekeping asam gelugur saiz sederhana
garam, gula, air, secukup rasa

Cara memasak :

Serai, Kencur, Kunyit, Cili Merah & Cili Padi diracik, kemudian ditumbuk halus 
Daun Kunyit dihiris kasar
Campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk bersama isi durian, santan & secawan air
Kacau hingga sebati kemudian panaskan diatas api sederhana
Kacau sampai boring mendidih, jangan tinggal.. Aiiippp...!!
Sementara nak tunggu mendidih tu, boleh lah masukkan garam, gula merah, gula pasir & asam gelugur..
Bila sudah mendidih & naik angin bau masukkan pulak daun kunyit & udang 
Kacauuuu lah lagi ye, selama 5 minit.. jangan malas kang kene babap

Siap..!!!

Boleh la ambil pinggan, isi nasi & makan depan periuk sambil berdiri..

Haaaa~~ X susah pun kan sayang2 sekalian..?
Mudah seperti kasuh basikal 3 roda..! aaauuwwhh..

Gud luck..!



 

Comments

  1. aku tgk pagi2 ttba nak masak lemak tempoyak mcm mana nak cri pepagi buta nie hehe tell me tell me :) hihihih

    ReplyDelete
  2. hahaha.. p beli durian kat tepi jalan, kompom ko jmpe toq...

    haaa~~ tak pon kat jusco, siap paket lg... ngeeheeee~~

    ReplyDelete
  3. salam..

    tempoyak campur udang.. sedapnye dik...terbaiklah

    ReplyDelete
  4. Memang best..terbaik. tq ur sharing.
    Jk sudi..layar la.. www.ummidihatiku.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CHECK LIST PERKAHWINAN

Salam... Hye B2B  ..!! Excited dok survey preparation for your wedding..?? Last N3 aku post bout "Checklist Pertunangan". So now, aku nak post bout..... tadaa..!! " CHECK LIST PERKAHWINAN "  Besties..! Gemoknye akuuuu ketike itu... Lembutnye pipi u.. Meh tenyeh sikitttt.... Excited x nak kahwinnnn uolzzz..??? hehee k la, byk yang uolz kena baca, so xreleven rasanya nak kumat kamit panjang berjela-jela... Gitewww... So, selamat membaca & menjulingkan mata anda. 12-10 Months Before Ceremony Tentukan tarikh & hari perkahwinan – Booking for MUA (solemnization) – Booking for MUA (reception) – Booking for OP – Booking for OV - Catering for Solemnization – Catering for Reception - 9-8 Months Before Ceremony Solemnization’s place – Reception’s place – Solemnization theme – Reception theme – Family theme for bride side – Family theme for groom side – 7 Months Before Ceremony  Listdown b

Checklist : Pertunangan

Salam.. hye fellah......!! Kiutnya awak baca blog kita... eheheh ^_^ Ok lah dear readers... Now aku nak share dengan kamuuu semua, Senarai Periksa (Checklist) untuk memastikan sebuah majlis pertunangan itu berjalan lanchorrr & supaya kita tak jadi hijau kerana marah dihari pertunangan.. Masa tunang tu muke mesti kasi sweet, blushing2. Jangan sampai bakal mak mentua terasa nak mempertimbangkan semula untuk menjadikan anda sebagai menantu... gitewwww... So adik2 (dah kahwin ni terasa tua sikit), pertunangan ni bukanlah sesuatu yang wajibulghunnah. Cuma 1 stage / adat untuk kita lebih mengenali pasangan kita lebih mendalam sebelum diijabkabulkan.. Tapi bukan lah lesen untuk kita terlalu "mendalami" pasangan iteww... salah..!! haaaa~~ Terpulang untuk kita nak buat majlis secara besar-besaran (sampai panggil artis datang buat magic show) atau secara kecil-kecilan (buat magic show sendiri depan tetamu)..Macam wajib pulak way ma

!!..DEMAM PANAS..!! - Daun Bunga Raya

Salam.. Hye uolz yang vouge de vass..!! iolz nak bercerita sambil bagi petua kat uolz ni... Sejak bila blog ni jadi blog petua..? Blog aku, suke hati aku la... hahaaaii Nak dijadikan ceritaaaaa.......... jap, betulkan anak rambut terkeluar dari tudung.. Okay, sambung balik... My beloved hasben demam baru-baru ni.. even just dok lepak sebelah dia pun dah boleh rasa kebahangan kepanasan kesuhuan kebadanan dia tu.. panasss... hot..! hot..! So, sebagai isteri yang soleha... Jap, nak betulkan tudung plak, kurang labuh rasanya...  Aku pun fikir la, apaaa nak dibuat.. nak bagi makan ubat, ubat xde... Lagi pun dia mana nak makan ubat-ubatan sangat ni.. Hasben kate badan rasa xselesa, perut macam senak. Susah nak buang angin.. Uiiii.... Memandangkan masa tu kat hotel, hasben kursus 2 hari.. Ape la sangat peralatan yang ada kat hotel tu.. Gergaji, tukul besi, cangkul.. Before tidur just bagi dia minum air suam, lepas tu tuamkan perut dia.. Letak air panas dalam botol, balu