Wednesday, December 18, 2013

2013 DIY Project : Bunga Satin - Yus

Salam..!

Sambungan untuk entry yang lepas, my 1st project. Kali ni aku nak cerita tentang project ke dua, tak adalah kedua sangat kan, sebab sambil-sambil buat 1st project tu aku siapkan juga project yang ini. My BFF tempah kat aku bunga satin untuk hiasan hantaran dia. Yus ni jugak lah dulu tukang jahit manik baju nikah iolz, cantik gila okays..!!

Kain satin dibeli sendiri oleh Yus, warna yang Yus pilih adalah hijau hulk (ade ea..?) & soft pink. Bila tengok design yang Yus nak, aku senyum je, serius nak, mak tak pernah buat bunga satin sebenarnya. Hahahaha. Sanggup belajar dari Lebai Google & Abg You Tube. Lets see the satin flowers bebeh...!

Penyediaan untuk bunga hijau.




Proses pembakaran bunga. Bakar..!! Bakar..!! Baaaaakkiiaaaqqqq....!!

 Bunga saiz besar



 Bunga saiz kecil

 Yang ni pula bunga ros satin, puuuuunnn baru belajar buat jugak.



Hasilnya.. Pam Pam Paaaaaaamm...



*****************************************************

Dan ini adalah tulang sum sum aku, my sweet & sour, my lebiu lebiu.. Bodek lebih sikit, lepas ni boleh la dia tolong lagi... ngeehh ngeehh ngeehhh


Kan aku da cakap, laki ai tereellll..

To my lovely Yus, maapkan mak ye sebab bunga tu tak seindah yang di request, & a thousand of tengkiu sebab cayo kek den.. Lebiu..!

Thanks for reading guys.. Jumpa di entry project yang seterusnya..! Formal gila vavun.

MUaaahh... XOXOXO

Salam..

2013 DIY Project : Bunga Pahar (Creepe Paper) & Wedding Doorgift (Paper Bag) - Acap & Nas

2013 DIY Project : Bunga Pahar (Creepe Paper) - Fath

2013 DIY Project : Bunga Pahar (Creepe Paper) - Ina

 

Tuesday, December 17, 2013

2013 DIY Project : Bunga Pahar (Creepe Paper) & Wedding Doorgift (Paper Bag) - Acap & Nas

Salam..


Memandangkan kita dah dipertengahan bulan terakhir untuk tahun 2013, (jap tengah jap Akhir.. Peningg aarrrr... ), Aku nak share tentang projek merojek yang aku buat.  Sepanjang 2013 ni aku terima tempahan bunga telur & goodist dari kawan-kawan aku.  Dengar macam best & masyuk, kau tak tau jahhhh dengan bantuan en.Emsem & my sis in law, berkerak lipatan leher nak siapkan semua tempahan tu..! Nasib baik ai jugekk, kawan my sis in law pun datang tolong disaat-saat akhir.. tengkiuss lebiuusss...

 Lepas siap 1st projek katanya nak bersara, tak sanggup dah nak buat sebab my sis in law bukannya duduk ngan aku pun masa tu, so dia xdapat nak tolong lagi. And kesian en.emcem tak pepasal kena paksa ngan aku lipat2 kertas.. Hahahaha

Dari tadi sebut projek & tempahan. Apakah bendanya...? Meh aku tunjuk ye.

Tempahan pertama aku dari Acap, my en.emcem officemate. Bekas teman sekoir dulu-dulu. Lakinya si Nas Muncung tu haaaa.. hehehe... Dia tempah 1000 bags goodist with a 100 pcs bunga pahar. Memula dengar en.emcem sebut 1000, bijik mate aku terkeluar..!  toinkk.. toinkk.. Mintak nyawaaaa....

Biar betul, boleh ke buat semua  ni..? Yakin gila en.emcem kata aku boleh buat. Then dengan pantas aku tukarkan ayat “aku boleh buat” dengan “KITA boleh buat”.. Hamekkk..



 Ini design paper bag yang Acap nak untuk goodist dia. Tapi aku tak lah mampu nak buat sebijik sejibons.




 Paper bag aku beli kat Senawang. en.emcem yang tolong carikan. Doily Paper pulak aku beli kat kedai kek area Sungai Buloh, kebetulan masa tu kami ke rumah sepupu en.emcem.


Air mineral pun aku beli dekat Sungai Buloh, mendap kereta en.emcem. Hahahahaha kesian. Dah la nak kena bawak balik Seremban..!



30 kotak kami angkat berdua. Hooiiiihhh, mau kena buasir laki binikkk

 
Siap buat kerja dalam train, dari KL Sentral ke Seremban. Kau ada..?? Hahahahah

Untuk percepatkan kerja, efisyen kan aku..??




Hahahahha, masa ni, tak cukup dengan seluar aku tampal double tape, aku cari mangsa lain. Botol kacang, buku nota tabung haji & penutup kotak kertas A4 menjadi calon yang terbaik.. Kah kah kah..


 Doily paper yang telah dicopkan nama Acap & Nas



 


 Makanan ringan yang aku isikan dalam paper bag. Apollo tu aku beli kat kedai makanan ringan area Seremban je.



 Pam pam pammm..!! Dah siap.. Aku lupa nak snap pic kotak-kotak yang aku isikan semua semua goodist ni, kalau tak silap lebih dari10 kotak semuanya. Kena angkut dengan 2 buah kereta, & 2 trip. Kesian Acap.. Alahaiiii

 Tak sangka dalam proses menyiapkan semua goodist tu, aku terpaksa jadi ibu yang berpantang tanpa anak, salah diri sendiri, siapa suruh tak beringat..! Sobs Sobs.. Comelnye jari kaki makkk

Ok, sambung pulak dengan penyediaan bunga pahar. Mula-mula memang rasa teruja gila uolz..! Lama-lama, aku jadi lemau. Ahahahahah.



Ada 2 warna, 1 pahar untuk warna biru, 1 pahar lagi warna pink.





curik gamba kt blog diaaaaaa.. hehehe
Lepas siap semua tempahan Acap ni, rasa legaaaa sangat. Walaupun rasa sangat penat, tapi sebenarnya aku rasa seronok bila tengok hasil tangan sendiri di atas pelamin. Awwwwwwhhh.. 

Sorry to Acap & Nas kalau banyak sangat kekurangan. And thank you sooo soo much coz percaya kat kebolehan aku yang tak berapa nak boleh ni.. Boleh ka tidekkkk..??

 Ok lah, nanti kita bebel lagi kat entry project yang lain ye..? longgar pulak rasa skru tulang jari ni..

Thanks yangggg

Ailebiuuuu

Wednesday, December 11, 2013

OUR BABIES FACES


Salam..

Ketiadaan kewarasan membuatkan aku menggodek semua ini.. Hahaha.. Untuk yang belum ada anak (ON THE WAY VERY SOON) like me, boleh la try kaedah ni kalau nak tengok muka baby yang dihasilkan 
 dengan gabungan wajah korang dengan pasangan.  Nak tengok babies aku tak..? Hahaha.. I is teruja..!





SON




DAUGHTER



BABIES



Shiiioommeeewwll kan babies kiteeee..??? Haalaahh.. Halahhh.. Halaahh... Pan Asian cam aku jugak..! Hahahaha


 Dan yang terakhir.................


Tiada perbezaan pada gambar yang telah digabungkan, kerana muka kami memang tak banyak beza.. EH..??? Sekian...

So darl, seronok gelak kan aku. Sekarang, sila cuba sendiri di MORPHTHING. Tak susah pun, senang je, ikut arahan yang dia bagi. Sesaja untuk suka-suka. Keep smiling ye anak-anak ikan mak..!

Salam..!
MUahh.. XOXOXO

ZAWARA.

...