Assalamualaikum.
Saat umi karang entri ni, Adi Danial Syahril Lufti dah pun
hari ke-6 dijemput Sang Maha Pencipta.
Mungkin sekarang Adi dalam keadaan sihat, berada di dalam rumah syurga yang
Allah dah janjikan untuk anak syurga macam Adi & dijaga oleh para malaikat
& bidadari jelita. Alhamdulillah, bertuah kamu sayang, Umi cemburu , Umi
belum boleh ke sana & menjaga Adi lagi. In shaa Allah, Umi akan berjuang di
dunia ni, supaya dapat jumpa Adi di syurga nanti.. Adi tunggu Umi & Abi
ya...
Terkenang setiap saat Adi dalam jagaan Umi & Abi. Kalau duduk
sorang-sorang dalam bilik, mulalah tengok balik gambar Adi dari awal lahir
sampai lah gambar hari terakhir sebelum Adi pergi.. Sumpah, Umi rindu Adi.. Umi rindu suara Adi, bau Adi, manja Adi.. Al-fatihah.. Tenang lah Adi, Umi & Abi baik-baik saja..
Kenangan mengandungkan Adi.
Sepanjang 8 bulan Umi mengandungkan Adi, memang senang, xada
alahan yang teruk, mengidam yang extravaganza pelik atau perangai berubah jadi
alien. Alhamdulillah, dipermudahkan semuanya. Cuma, Umi mengalami bleeding yang
sangat banyak masa usia kandungan 3 bulan. Masa tu doktor sendiri kata mungkin
xada harapan, mungkin baby dah x ada. Tapi, bila scan, Adi masih ada dalam
rahim Umi.. Sihat, aktif.. Jadi, bleeding tu doktor kata “unknown reason”
bleeding je.. Hurmm..
![]() |
Kasut yang berlumuran darah semasa bleeding. |
Dan, bila masuk usia kandungan 7 bulan, doktor kata, saiz
baby sangat kecil berbanding usia kandungan. Walaupun dah 7 bulan ramai yang
kata perut umi macam mengandung 5 bulan. Comeiii je. Jadi, kes kandungan umi di
hantar ke HKL. Selama beberapa minggu check up di HKL, akhirnya Umi diarahkan
warded & lahirkan Adi secara pembedahan. Sebab takut Adi lemas, saiz Adi
masih tak ada sebarang perkembangan.
18 Julai 2014 (20 Ramadhan 1435) Jumaat :
Adi dilahirkan.
Alhamdulillah, selepas beberapa discussion dengan doktor
pakar, Umi & Abi decided untuk keluarkan Adi secepat mungkin, walaupun pada
mulanya doktor pakar nak buat ujian air ketuban yang memakan masa beberapa
hari. Wanita mana yang suka perutnya ditoreh dalam keadaan sedar? Walaupun
separuh badan dibius? Umi yakin, semua yang bergelar ibu sanggup buat semua tu
demi anak-anaknya.. Keputusan Umi & Abi tepat, sewaktu Adi dilahirkan, Adi
dah pun kebiru-biruan, tanda Adi kekurangan oksigen.. Ya Allah.. Sebak dada
bila teringat balik.
![]() |
Adi, masa umur seminggu - 2 minggu |
Selepas Adi lahir, Adi ditempatkan di NICU selama 2 minggu,
Adi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang pertama di hospital bersama-sama nurse.
Raya ke 2 baru lah Umi & Abi datang. Bila tengok Adi dalam incubator,
hilang semua sakit. Rasa nak peluk Adi kuat-kuat, tapi Umi takut, Adi kecik,
1.3kg je masa tu. Selepas 2 minggu , Adi dipindahkan ke Institut Paediatrik,
Wad KK9. Selama 3 bulan Adi kat Wad KK9, sangat kerap Umi & Abi datang
tengok Adi untuk lepaskan rindu. Saat semua ibu berpatang dirumah dengan anak
dilengan, Umi menampung tangan diperut menahan sakit, duduk & berdiri
melihat Adi dalam incubator. Boleh sentuh dari luar je sayang. Masa tu la
doktor terangkan 1 per 1 masalah Adi. (Umi akan kongsi dengan semua dalam entry yang lain, In shaa Allah) Masa tu Umi fikir, apalah sangat sakit
torehan diperut umi kalau nak dibandingkan sakit yang ditanggung anak
kesayangan umi ni.. Allah je yang tau macam mana perasaan Umi & Abi.. Tapi
kami yakin, Adi kuat!
betapa sejuknya hati Umi bila Adi pandang Umi
Adi , 3 bulan
Alhamdulillah.
Selepas tu Adi dipindahkan ke Wad KK8, menandakan Adi dah semakin stabil dengan
berat 2.6kg. Perancangan Allah yang terbaik, masa tu Umi betul-betul habis
pantang, Umi dipanggil untuk tinggal di hospital menjaga Adi sepenuh masa.
Banyak yang Umi kena belajar sebelum
bawa Adi balik. Cara bagi ubat, cara pakai mesin susu, cara jaga
kebersihan, cara cucuk kaki Adi untuk ambil darah test gula. Sebulan berkampung
di KK8, akhirnya kita discharged. Teruja gila masa tu!
Adi pulang ke rumah untuk kali pertama selepas usia 4 bulan.
Selama Adi di rumah, Adi la penyeri.. Makin hari makin
aktif, suara makin kuat. Genap usia Adi 6 bulan Adi baru pandai menangis &
menjerit. Haha. Tak ada siapa nak pujuk pun bila Adi nangis, sebab cute sangat!
Bila dipeluk, Adi diam. Adi suka keluarkan lidah sebab Adi dapat rasa ada tiub
kat lidah Adi. Kadang Bila Adi tidur, Adi akan hisap tiub tu..
cuuuttt..cuuuttt.. cuuttt... kuat bunyinya! Hahaha.. Adi akan cepat tidur kalau
disentuh. Lagi 1, Adi suka madu.
Selalunya setiap pagi Abi yang akan suapkan Adi madu sikit.. Adi suka jugak
mandi, bila masukkan dalam air, Adi diam je.. Kaki Adi seakan-akan nak
melompat-lompat. Nampak sangat Adi seronok. Walaupun Adi belum pandai ketawa,
apatah lagi senyum...Haaaa.. Rindunya sayang..
![]() |
On the way to hospital, Adi's Check up |
setiap bulan Umi & Abi bawa Adi ke hospital untuk
Appointment. Tambah ubat & ambil darah. Paling favourite, bawak Adi pergi
Fisio.. Ajar Adi meniarap, exercise.. Bila ada kat rumah ni berebut-rebut
makcik2 Adi nak pegang, lagi2 bila waktu “rest” susu, off je mesin, Adi dah
kena angkut ke luar rumah, tengok matahari. Sama jugak lah bila bawak Adi balik
rumah nenek kat Rawang. Sekali dapat dukung, memang nenek xlepas. Nampak kan?
Semua sayang sangat kat Adi. Bila umi kerja, fikiran umi hanya ada Adi. Tak
sabar-sabar nak balik. Bila sampai rumah dalam pukul 7.30 pm , biasanya Adi
akan terjaga dari tidur, sambut kepulangan Umi & Abi, kasi caaann kat Abi
gomol Adi dulu, sebab bila waktu tgh malam hingga pagi, umi pulak yang akan
jaga ubat & susu Adi. Kadang-kadang kalau umi “lost” Abi plak yang jaga..
haha
Usia 7 bulan, kesihatan Adi terganggu.
Adi tiba-tiba kerap
sawan, walaupun tak demam. Sehari lebih 10 kali sawan. Umi & Abi
prepare semua barang Adi & Umi dulu sebelum bawa ke HKL , sebab mesti kena
warded punya. Sampai saja di lobi
Institut Paediatrik Adi makin mengamuk.. mengerang, macam rasa sakit sangat,
tapi umi xtau kat mana. Kelam kabutnya Umi masa tu, terus bawak adi masuk &
Adi warded.
Sayunya hati Umi & Abi bila tengok lebam hasil tusukan
jarum kat tangan & kaki Adi. Rasa nak maki, tapi tu dorang terpaksa buat
untuk tolong Adi jugak.. Cuba bersabar walau dalam hati menggelegak nak marah.
Hari ke 4 Adi warded, Adi mula buka mata. Ya Allah, happynya! Adi membebel
macam biasa, Cuma gerakan tangan & kaki Adi kurang aktif. Kesan ubat kan?
Hurmm..
![]() |
Adi yang semakin sihat. |
Hari demi hari kesihatan Adi makin membaik, Umi dah seronok
nak bawak Adi balik. Tapi Tiba-tiba Adi sawan semula. Kali ni lebih kerap, 15 kali sawan sehari. Kemudian doktor pulak dapat kesan Adi terkena jangkitan kuman MRSA dari
dalam wad. Di paru-paru & darah. Allahurabbi. Sudah la urat Adi halus,
antibiotik pulak kuat, setiap setengah jam ke 3 jam bertukar urat & jarum.
Banyak lebam- lebam dibadan Adi. Setiap kali nak cari urat baru untuk dicucuk,
Adi terpaksa di masukkan ke ICU & diserahkan kepada doktor yang lebih
pakar. Tapi hanya bertahan hanya untuk beberapa jam saja & akhirnya, doktor
putuskan membuat pembedahan untuk tebuk dada Adi & masuk kan CVL.. Tiub halus untuk masukkan
ubat atau untuk ambil darah yang direct ke jantung. So lepas ni tak perlu lah
lagi Adi di cucuk2 lagi..
Selepas pembedahan, Adi masih belum stabil. 3 hari di ICU
baru lah Adi dibawa turun ke wad biasa, Cuma kali ni Adi dapat bilik khas untuk
elakkan jangkitan kuman. Kita berdua je dalam bilik tu sayang, kadang-kadang
Abi tidur sekali. Kesian Abi hari-hari berulang Kuala Kubu – KL Sentral – HKL ,
tapi sebab sayang & rindukan anak, xsanggup berjauhan lama dengan Adi. Abi sanggup
buat apa je.
Kisah Adi Danial di Berita Harian
1 hari seorang repoter BH (Nasuha @ Suha) call Umi untuk
interview, katanya kawan Mummy Nas. Mummy Nas ni kawan Umi yang kerja kat BH jugak. So Mama Suha minta
kebenaran untuk share kisah Adi dalam 1 slot BH, sebab penyakit @ keistimewaan
Adi ni sangat jarang-jarang berlaku.
Bukan sebab gila glamour atau
sebab nak raih simpati Umi nak kongsikan kisah Adi. Tapi jugak as knowledge
& semangat untuk ibu bapa yang ada anak seistimewa Adi. Umi bukan seorang
yang kuat, tapi Abi & Adi yang buat
Umi kuat.
Alhamdulillah, ramai yang datang ziarah Adi.. Kawan Umi yang
menghilang bertahun2 datang nak jumpa Adi, family yang tah berapa lama tak
dengar berita call bertanya tentang Adi. Umi pun kena marah sebab tak bagi tau
semua orang, kebanyakkannya tau Adi
“xsihat” dari BH je.,, Maaf ye semua, saya xtau macam mana nak mulakan
cerita. Thanks to Mama Suha & Mummy Nas.. terima kasih semua yang sudi
datang & mendoakan Adi. Sesungguhnya Adi pengerat silaturrahim.
Bawa Adi pulang.
Hampir 2 bulan Adi di wad, kesihatan Adi turun naik. Pernah
sekali Adi sawan lebih dari 35x sehari, bila masukkan ubat sawan yang agak
kuat, Adi akan tidur berhari-hari. Kesian anak Umi. Sehingga lah 21 April 2015
kesihatan Adi stabil. Adi tak demam, xsawan, xmuntah. So doktor sarankan untuk
bawa Adi pulang. Gembiranya rasa hati!
Setelah 2 bulan, 23 April 2015, Adi dibawa pulang.. Alhamdulillah.
Malam pertama Adi di rumah, Adi tidur lena. Semua happy..
2nd day, Adi mula buka mata sikit-sikit. Kebanyakan masa Adi tidur, hanya terjaga
bila Adi tak selesa & kahak penuh.
Umi terpaksa sedut kahak Adi dengan mesin sedut kahak yang Abi baru masa
kat hospital. Lepas sedut tu Adi lega & sambung tidur. Malam ke dua, Adi
merengek, tau tau Adi nak apa.. Pampers umi dah tukar, kahak pun x ada. Umi
tunggu time “rest” susu Adi , lepas tu Umi angkat Adi tidur tengah2 antara Umi
& Abi. Baru lah Adi tidur lena.. Adi
nak manja dengan Umi & Abi ye?
25 April 2015 (6 Rejab 1436) Sabtu:
Hari terakhir.
Bangun pagi macam biasa, sedut kahak Adi dulu sebelum start
susu. Supaya Adi selesa. Tapi hari tu tak macam hari biasa.. kahak Adi banyakkk
sangat, tak hilang2.. Adi tidur pun xselesa, macam susah nak tarik nafas.
Kadang Umi & Abi bagi Adi oksigen.. Baru Adi nampak lega. Lepas solat
maghrib Umi letak Adi kat riba Umi. Kahak masih banyak. Umi sedut kahak, tp tak ada. Abi cakap, nanti
kalau bayak lagi xhilang-hilang kita bawak Adi pegi hospital & ambik nap.
Sementara tu Umi buat macam biasa, tiarapkan Adi & tepuk2 belakang Adi
sikit.. Memang banyak sangat kahak & air liur yang keluar. Nafas Adi nampak
macam makin reda, tak terlalu tarik kuat. So Umi biarkan Adi rehat kat riba
Umi.
Adi tarik nafas panjang. Lepas tu Umi tak rasa apa-apa
pergerakan dari jantung atau turun naik
perut Adi. Adi senyap. Umi terus jadi tak sedap hati & angkat Adi. Umi
tengok muka Adi dah biru, bibir Adi dah hitam. Ya Allah. AllahuAkbar. Umi cuba
bagi Adi oksigen, tp tak ada respon. Umi menidakkan kata hati Umi yang merasa
Adi dah tak ada. Umi anggap Adi lupa bernafas, Adi pengsan..
Sepanjang dalam perjalan ke hospital KKB, Umi panggil nama
Adi.. “Adi Danial, sayang, bangun... Adi Danial, jangan tidur.. Adi Danial,
bukak mata”.. Sesampai emergency room, Umi serahkan Adi pada doktor. Hanya
Allah yang tahu macammana perasaan Umi & Abi. Umi pernah berjanji tak akan
nangis, tapi waktu itu umi mungkir janji. Umi menangis hingga tangan menggigil.
Umi takut kehilangan anak yang Umi sayang.
Doktor datang jumpa & bagitahu Adi dah tak ada.
AllahuAkbar. Secepat ini? Umi cuba bangun nak pergi tengok Adi disebalik tirai
tp Umi lemah. Umi rebah ke lantai. Umi masih sedar & menangis tapi umi tak
kuat untuk berdiri. Abi & Nek Wan tolong papah Umi ke katil Adi. Adi kaku
& pucat. Lagi sekali Umi kalah sayang. Umi mintak maaf, Umi tak kuat. Umi
ambil Adi & Umi peluk.. Seakan-akan Adi sedang tidur dalam pelukan Umi..
Masih dalam keadaan tidak percaya, masih cuba mengejutkan anak kesayangan yang “lena”
dipangkuan. Sekali2 Umi istighfar & menyebut nama Allah, tapi ada juga Umi
menyalahkan diri sendiri. “maafkan umi, umi salah” “kenapa cepat sangat” “ Adi
belum tengok muka Umi & Abi sebelum pergi” “Adi Danial tolong la bangun,
Umi sayang Adi, Abi sayang Adi”.. Umi macam orang gila, suara Umi sorang je
yang kedengaran dalam wad kecemasan tu.. Maafkan Umi sayang. Umi mungkir
janji..
Adi dibawa ke Unit forensik untuk pengesahan kematian, berat
langkah Umi untuk bawak Adi keruangan bilik mayat, Umi tak mampu nak berjalan,
tapi Umi tak benarkan sesiapa pun yang
dukung Adi selain Umi. Masih berharap Adi akan bangun semula. Sehingga lah
pulang ke rumah, Adi ditutup dengan kain batik & kain putih. Baru lah Umi
boleh terima, “Anak Umi dah tak ada”. Sepanjang malam Umi & Abi duduk
ditepi Adi.. Kadang menangis, kadang diam termenung. Masing-masing cuba mencari
kekuatan.
Baju terakhir yang Adi pakai.
Pengkebumian.
Segalanya berlaku dengan cepat & lancar. Pada pukul 9 pagi Adi dibawa ke masjid. Mandi
jenazah disaksikan semua ahli keluarga & kenalan. Kebanyakannya semua tak
dapat menahan sebak. Kalau ikutkan hati Umi, Umi nak peluk sayang & tak
benarkan sesiapa sentuh.. tapi itu salah, Umi tak boleh buat macam tu...
Selesai solat jenazah, Abi yang dukung
Adi sepanjang perjalanan ke tanah perkuburan. Dan bila dah dimasukkan ke liang
lahad, lagi sekali Umi tewas. Air mata mengalir tak berhenti.. Semua kembali
tenang, bila doa habis dibaca.
Dan bermulalah hidup Umi & Abi tanpa Adi disisi. Alhamdulillah.
Adi dah sihat di syurga. Adi tak payah lagi rasa segala kesakitan di dunia. Apa
Adi nak, kat syurga, semua ada.. Kadang Umi bergurau dengan Abi, “apa agaknya
Adi buat sekarang kan ? Naik basikal kot kan?” ... tapi apa yang Umi bayangkan Adi naik kuda syurga yang besar & gagah. Yang
boleh terbang tinggi.. Kenapa kuda yang gagah? Segagah & sekuat Adi Danial.. Sesuai dengan nama Adi yang bermaksud PEJUANG. Adi dah berjuang selama 9 bulan di dunia.. Alhamdulillah.. Terima kasih sayang, Adi dah menjadi seorang anak yang sangat baik selama ni..
Hari ke-6, Umi & Abi dah semakin stabil. Abi pesan,
kalau rindu Adi selalu bacakan Al-fatihah. And i'm gonna spend my whole life
to reads u Al-Fatihah, sayangku. Damai lah Adi di sana, tunggu Umi & Abi ye
sayang. Umi & Abi sayang Adi.. We miss u so much..
AL-FATIHAH
“muncul lah dalam mimpi, & senyum lah walau untuk kali
pertama & terakhir”
Sedih cerita dan jalan cerita Adi.. abg kagum dengan adik.. adik kuat.. tabah.. damai la adi di sana.. tgu umi ya.. inshaallah.. al fatihah
ReplyDeletesabar ya dik (abg wan)
Bertabah la rura. Cantiknya mata adi. Hidung mancung.
ReplyDeleteBertabah la rura. Cantiknya mata adi. Hidung mancung.
ReplyDeleteInnalillahhiwainnailaihirojiun
ReplyDeleteTabahkab hatimu dik.. insyaAllah.. dia bahagia di sana.. menanti kita di pintu syurga.. akak juga punya insan istimewa sepertimu yg menanti kita dipintu syurga...
salam rura..
ReplyDeleteDua kali ana baca..dua2 kali pon nangis tesedu2..
Tabahla hati wahai umi dan abi..
Berbanggalah kamu sbb ade anak syurgawi seperti adi..
Alfatihah utk adi..
Cantiknya anak syurga ni... mata cantik, hidung cantik.... sabarlah wahai ibu.. anak mu menantimu di syurga...
ReplyDeleteSsebaknye baca kisah ni.... mengalir air mata... sungguh tabah umi adi... adi menantimmu di pintu syurga whai umi
ReplyDeleteMenangis baca kisah ni..buat umi Adi...bersabarlah...mg Adi damai di sana..
ReplyDeletesemoga ibu Adi tabah, yer..
ReplyDeleteAllah swt lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..
Allahu Akbar. Ujian Allah sememangnya hanya untuk mereka yang layak. Semoga Allah gantikan musibah ini dengan kebaikan yang melimpah-melimpah.
ReplyDeleteAllahuakhbar.. Indah sungguh jalan cerita yg Allah beri utk sis. Alhamdulillah Ada anak syurga yg menanti sis di akhirat kelak.. Moga Allah limpahkan rahmatNya buat sis sekeluarga.. Saya yg mmbaca pun mengalir airmata apatah lagi sis yg berjuang menghadapi ujian Allah. Smoga tabah sis. Allah knows :')
ReplyDeleteAllahuakbar sedihnya bergenang2 air mata. Tabah ya sis. Al Fatihah utk Adi. Comelnya Adi. Untung sis ada yg menanti di Sana.
ReplyDeleteSedih...sayu...syahdu...
ReplyDeleteKuatlah ibu, tabahlah ayah.
Adi Danial menanti umi dan abinya di syurga...
Al-fatihah..
Bsbrla sis..u r very strong..menitis air mata sy..btw.bb boy kita sbaya..cuma my bb awal shari dr adi..
ReplyDeleteBertabahlah umi & abi adi.. anda insan terpilih.. pilihan Allah utk diuji sedemikian.. skrg anda berdua sudah punya saham di syurga.. iaitu adi.. semoga kamu sekeluarga bertaut kembali di sana.. amin ya rabb..
ReplyDeleteMnangis sy baca entri ini..sy berdoa agar sis n suami di beri ketenangan..
ReplyDeleteDamailah di sana anak syurga....buat mak dan ayahnya..semoga tabah & kuat menghadapi ujian ini...
ReplyDelete*sedih n sebak dgn coretan ini...al fatihh baby adi
Sebak bc kisah ni..tempat adi di syurga Allah. Al-fatihah. Utk semua, kisah ni mengajar kita supaya bersyukur dan menghargai setiap apa yg berlaku dan setiap apa yg kita ada..Allah~
ReplyDeleteMenitis air mata bila baca cerita ni.anak saya ahmad zareif daniell..telah kembali bertemu penciptanya pada 4 Dec 2013.esok 3/5/2015 genap usianya 2thn.hanya Allah yg mengetahui prasaan seorang ibu yg kehilangan anak...terima kasih Ya-Allah walaupun dipinjamkan bayi comel itu hanya untuk 6bln.
ReplyDeleteTempat Adi di syurga.
ReplyDeleteInshaAllah, adi akan tunggu umi dan abi nya.
................ xbole dibayangkn seandainya dalam situasi yang sama macm ni :( sebak baca
ReplyDeleteSedih sgt baca cerita sis rura..menitis air mata ni..moga umi n abi adi akan tabah hingga ke akhirnya..adi anak syurga..arwah akan menanti umi n abinya di sana..alfatihah..
ReplyDelete