Skip to main content

TENGOK ORANG ADA ANAK..

Assalamualaikum! 

Haaaaa... Tumpul idea ahkoq nak tulis apa tah kat blog ni... Kalau la ade jual idea kat kedai runcit Acheh tu, aku beli dah. Rm2.80 sekilo, termasuk GST.. puii..

Asal nak menulis je mesti rasa nak tulis pasal Adi Danial.. Rindu dia.. Ade gak rasa nak share pasal penyakit adi... Ni ha, mesin2 yang Adi ada ni. Nak jugak bagitau mesin apa yang Adi ada, function mesin tu semua, boleh la bagi sesapa yang memerlukan tu pinjam. Daripada rosak macam tu je kan?

Nanti la, aku draft dulu ikut kerajinan. Sebab umi si Adi ni femalasan.. kahkahkah

Donno why, lately ni aku xboleh dok sorang-sorang. teringat Adi je, terus banjir. Bukan xredha Adi dah kembali ke pangkuan Maha Pencipta. mungkin hanya perasaan rindu seorang ibu gojes macam aku,.,. giteeww..


Tengok orang sibuk siapkan anak2, aku teringat Adi.. Siapkan si Adi nak pegi appointment.. Susu, mesin susu.. Prepair tiub spare, tape untuk lekat tiub, kot kot la tiub kat mulut tu terkeluar.. Adi suka tolak tiub tu dengan lidah, rimas agaknya. Kesian anak umi.. Siapkan ubat, pastikan timing minum susu Adi tak lari. Kalau lewat bagi susu, nanti gula Adi turun.. bahaya. Langsung xjemu buat semua tu. Sapa tak sayang anak kan? Orang gila je..

Tengok orang membebel anak nakal, mengeluh penat layan anak. Aku tetiba rasa nak marah. Bak sini anak ko, klo xlarat nak jaga. Bagi aku! Eh, mak emosi. Maapkan mak nak.. Mungkin aku tak sempat nak rasa anak kesayangan aku tu aktif macam anak orang lain.. Lasak, panjat sana sini. Main kejor2 ngan anak-anak. wahh! bestnya!! Tapi tak apa, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku pernah merasa ada anak. Adi baikkkk je.. Jarang nangis, tapi selalu marah.. hahaha  Comel anak umi!! Kesian dia, selalu kena gigit dengan umi. Sorry sayang!

Tengok orang celebrate birthday anak, rasa macammm... ermmm.. tah.. jelous? maybe? Tak baik kalau ada perasaan tu kan, tapi aku manusia biasa. Dalam kata REDHA.. REDHA.. REDHA.. Kadang terselit perasaan cemburu. Sepatutnya aku lebih bersyukur.. Hari jadi Adi disambut bersama para malaikat & bidadari syurga. Aku hanya teringin nak tengok anak aku tersenyum & peluk anak aku. ADI!! TUNGGU UMI YAHH!

Dan sekarang.. Aku tengok orang post makanan lunch dorang kat FB................................................................................ ok, aku lapar! bhaaaii! Aku g makan dulu. Nanti aku update entry baru pasal Adi lagi...lagi.....lagi...... dddaaannn lagi.... hahahaha

Memang aku suka buat post tergantung macam ni... lantak kan..

**OUUHHH sebelum acik kau hijau ni lupa, nak bagi tau.. kalau sesiapa nak aku review bisnes dia.. sila PM kt fb aku.. mood rajin datang dah nak review bisnes orang, tatkala bisnes sendiri bagai telur dadar dihujung sudu . harga??? FREE jelah!! takut sangat orang mintak duit dia.. kbhai..

Comments

Popular posts from this blog

SELEPAS 5 TAHUN!!

Assalamualaikum. after 5 years from the last entry, ini adalah entry yang pertama.  huiii kalau rumah terbiar ni, mungkin dah ada hantu duduk, kah!! from the past 5years, sekarang hidup aku dah banyak berubah. dulu blog ni la yang menjadi diary aku. aku suka menulis, tapi malas tu lagi suka kat aku. paham tak? Now aku mak anak 3 yang gendut. hahaha but alhamdulillah dari 3 orang anak tu, 2 orang penghuni syurga. jadi yang akan bersama aku hadap cabaran dunia sekarang anak yang no.2 Raed Mirza. he's my everything. dari kerja, sampai la resign semua untuk dia. sapa tak sayang anak kan? walaupun mak dia ni garang nak mammmm... hahaiii soooo, yah.. tak ada apa sangat yang aku nak cerita in my very 1st entry ni. just, aku harap aku jadi lebih rajin  mengupdate.. well, sekarang hidup aku sibuk bergelumang dengan dosa.. ehhh!! dengan latok! hahahhah                                    doakan juga...

CHECK LIST PERKAHWINAN

Salam... Hye B2B  ..!! Excited dok survey preparation for your wedding..?? Last N3 aku post bout "Checklist Pertunangan". So now, aku nak post bout..... tadaa..!! " CHECK LIST PERKAHWINAN "  Besties..! Gemoknye akuuuu ketike itu... Lembutnye pipi u.. Meh tenyeh sikitttt.... Excited x nak kahwinnnn uolzzz..??? hehee k la, byk yang uolz kena baca, so xreleven rasanya nak kumat kamit panjang berjela-jela... Gitewww... So, selamat membaca & menjulingkan mata anda. 12-10 Months Before Ceremony Tentukan tarikh & hari perkahwinan – Booking for MUA (solemnization) – Booking for MUA (reception) – Booking for OP – Booking for OV - Catering for Solemnization – Catering for Reception - 9-8 Months Before Ceremony Solemnization’s place – Reception’s place – Solemnization theme – Reception theme – Family theme for bride side – Family theme for groom side – 7 Months Before Ceremony  Listdown b...