Sunday, September 20, 2015

KL BURGER BAKAR SSEEEEDAAPPP

Assalamualaikum!

Hai uolz..! Ahkaq nak bebel pasal satu spesis burger bakar yang beeeegggiiittuu sedap, macam mana aku tau sedap? Sebab aku dah pergi serang kedai dia, aku beli 4 burger, tuan kedai bagi free 1 burger. Terharu mak nak! So, kerana kesedapan daging burger tebal yang terbawa hingga dalam mimpi, aku nak memperkenalkan...... 

pamm.. pammm... pammmm




Hahhh!Todiaa, meleleh-leleh bag hiangg.. serius tak tipu, memang sedap, daging pun tebal.. Kau rasa harga burger ni berapa? Kalau kat tempat lain RM8 memang confirm dah kan? Tapi, KL Burger Bakar tetapkan harga hanya RM5 je uooollzzzz, Mana nak jumpa zaman-zaman cekik darah ni burger yang dagingnya sebegitu tebal & sedap dengan harga mampu milik? Ouhh, susah!




FYI ye kawan-kawan, KL Burger Bakar ni pun pernah bersiaran dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O okehhh, bukan calang-calang ni. Siap di cop sebagai Burger BAkar Termurah Di Dunia... Ate??? Was-was lagi ke acik? Rugi laaa kalau tak pernah rasa.





Mana nak cari gerai KL Burger Bakar ni? Haaa, selalunya KL Burger Bakar akan update setiap lokasi pasar malam yang diorang akan pergi dalam FB KL BURGER BAKAR . Selalunya yang aku nampak, pasar malam area Rawang la. Dulu pun ada jugak area Kuala Lumpur, korang request laaaa memane pun... Mana tau dorang boleh pegi.. hikhikhik

 Follow FB KL Burger Bakar ni memang tak rugi, selain diorang selalu update tempat diorang berniaga, diorang jugak akan update promosi-promosi yang best best!! Contoh, 2 bungkus burger percuma untuk mereka yang sambut hari jadi pada tarikh berniaga tu, or burger percuma untuk mereka yang sambut anniversary perkahwinan ooorrrr burger percuma untuk 50 pengunjung yang terawal.. Gila kauuuuu, baik hati ke tideeekkk?? huntong la sapa yang pernah dapat burger freeee..






Menu? 

Yang ni akan buat korang pening nak pilih. Sebab semuanya sedap!!

Ada Burger AYAM, DAGING, KAMBING & RUSA. 
Yang terbaru, Burger KETAM LEMBUT.. whattttaaaaaaaaaatuuuuuutttt... 
aku belum berkesempatan nak rasa lagi yang ni... adooiiii xsabarnya nak p beli!!


Ok, sampai sini je sharing maring pasal spesis makanan yang super sedap nihh.. Apa lagi nak tunggu? Follow la 


sekarang! 
NOW! NOW! NOW!

kbhai

Sunday, August 23, 2015

TENGOK ORANG ADA ANAK..

Assalamualaikum! 

Haaaaa... Tumpul idea ahkoq nak tulis apa tah kat blog ni... Kalau la ade jual idea kat kedai runcit Acheh tu, aku beli dah. Rm2.80 sekilo, termasuk GST.. puii..

Asal nak menulis je mesti rasa nak tulis pasal Adi Danial.. Rindu dia.. Ade gak rasa nak share pasal penyakit adi... Ni ha, mesin2 yang Adi ada ni. Nak jugak bagitau mesin apa yang Adi ada, function mesin tu semua, boleh la bagi sesapa yang memerlukan tu pinjam. Daripada rosak macam tu je kan?

Nanti la, aku draft dulu ikut kerajinan. Sebab umi si Adi ni femalasan.. kahkahkah

Donno why, lately ni aku xboleh dok sorang-sorang. teringat Adi je, terus banjir. Bukan xredha Adi dah kembali ke pangkuan Maha Pencipta. mungkin hanya perasaan rindu seorang ibu gojes macam aku,.,. giteeww..


Tengok orang sibuk siapkan anak2, aku teringat Adi.. Siapkan si Adi nak pegi appointment.. Susu, mesin susu.. Prepair tiub spare, tape untuk lekat tiub, kot kot la tiub kat mulut tu terkeluar.. Adi suka tolak tiub tu dengan lidah, rimas agaknya. Kesian anak umi.. Siapkan ubat, pastikan timing minum susu Adi tak lari. Kalau lewat bagi susu, nanti gula Adi turun.. bahaya. Langsung xjemu buat semua tu. Sapa tak sayang anak kan? Orang gila je..

Tengok orang membebel anak nakal, mengeluh penat layan anak. Aku tetiba rasa nak marah. Bak sini anak ko, klo xlarat nak jaga. Bagi aku! Eh, mak emosi. Maapkan mak nak.. Mungkin aku tak sempat nak rasa anak kesayangan aku tu aktif macam anak orang lain.. Lasak, panjat sana sini. Main kejor2 ngan anak-anak. wahh! bestnya!! Tapi tak apa, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku pernah merasa ada anak. Adi baikkkk je.. Jarang nangis, tapi selalu marah.. hahaha  Comel anak umi!! Kesian dia, selalu kena gigit dengan umi. Sorry sayang!

Tengok orang celebrate birthday anak, rasa macammm... ermmm.. tah.. jelous? maybe? Tak baik kalau ada perasaan tu kan, tapi aku manusia biasa. Dalam kata REDHA.. REDHA.. REDHA.. Kadang terselit perasaan cemburu. Sepatutnya aku lebih bersyukur.. Hari jadi Adi disambut bersama para malaikat & bidadari syurga. Aku hanya teringin nak tengok anak aku tersenyum & peluk anak aku. ADI!! TUNGGU UMI YAHH!

Dan sekarang.. Aku tengok orang post makanan lunch dorang kat FB................................................................................ ok, aku lapar! bhaaaii! Aku g makan dulu. Nanti aku update entry baru pasal Adi lagi...lagi.....lagi...... dddaaannn lagi.... hahahaha

Memang aku suka buat post tergantung macam ni... lantak kan..

**OUUHHH sebelum acik kau hijau ni lupa, nak bagi tau.. kalau sesiapa nak aku review bisnes dia.. sila PM kt fb aku.. mood rajin datang dah nak review bisnes orang, tatkala bisnes sendiri bagai telur dadar dihujung sudu . harga??? FREE jelah!! takut sangat orang mintak duit dia.. kbhai..

Sunday, May 03, 2015

ADI DANIAL DI BERITA HARIAN

Assalamualaikum,

Sesetengah orang tahu yang kisah Adi Danial pernah dipaparkan dalam Berita Harian, & ramai jugak yang tak tahu. Selalu orang tanya, paper bila? tulis apa? nak tengok kat mana? Selain tu ada jugak la yang google 'Adi Danial Berita Harian' , tapi umi sure, memang susah nak jumpa. So, bukan nak show off ke hape, umi just nak share. Sapa yang menggoogle tapi tak jumpa tu, boleh baca kat sini.. TQ mama Suha & mummy Nas for the great article.. TQ so much..




*********************************************************************************

“Saya berjanji tidak akan menangis di hadapan Adi lagi,”. 
  Itu kata-kata yang diluahkan Holwatunmasrura Halimi, ibu kepada bayi berusia lapan bulan, Adi Danial yang menghidap penyakit Hypopituitarism.
  Beliau yang lebih mesra dipanggil Rura berkata walaupun Adi tidak seperti bayi normal yang lain, ia tidak menghalang anak kecil itu untuk turut sama merasai kesedihan ibunya.
  “Dua bulan sejak Adi lahir, saya banyak menangis di hadapannya kerana sedih memikirkan kesakitan yang perlu ditanggung olehnya.
  “Setiap kali saya berbuat demikian, saya dapati graf jantung Adi akan menurun seakan-akan dia turut sama bersedih. Jika saya tidak menangis dan berbual dengannya, graf jantungnya menjadi normal,” katanya.
  Adi dilahirkan secara pembedahan pada minggu ke-34 kerana bimbang dia tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Sejurus dilahirkan, beberapa siri ujian darah dan imbasan otak dilakukan kerana beratnya yang hanya sekitar 1.3 kilogram.
  Berat itu adalah bersamaan dengan janin berusia antara 28 minggu hingga 29 minggu. Doktor juga mengesyaki terdapat keganjilan pada Adi kerana ukur lilit kepalanya yang kecil dan tidak membesar.

Penyakit Jarang Berlaku
------------------------------------------
  Adi disahkan menghidap Hypopituitarism dan ia adalah situasi yang jarang berlaku yang mana kelenjar hipofisis gagal menghasilkan hormon yang cukup.
  Ia menyebabkan otak gagal berfungsi dan disebabkan keadaan itu, ia akan membawa kepada beberapa masalah lain seperti sawan, masalah saraf dan perkembangan hormon yang tidak normal.
  Bayi seberat 5.7 kilogram itu juga mempunyai masalah injap jantung sempit.
  Tambah Rura lagi, pihak hospital turut mengesyaki Adi menghidap Sindrom Seckel dan kini mereka sedang menanti keputusan ujian genetik kedua yang dijangka keluar Mei ini.
  “Jika ia positif, asid deoksiribonukleik (DNA) kami bertiga akan dibawa ke United Kingdom untuk ujian seterusnya,” katanya ketika ditemui di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Hayat Tidak Lama
-------------------------------
Ibu muda yang berasal dari Rawang itu kelihatan cukup positif dengan ketentuan yang melanda anak kesayangannya itu.
  Ditemani suami, Syahril Lufti yang turut berada di hospital sepanjang temu bual dijalankan, riak muka Rura juga tidak menunjukkan kesugulan, barangkali kerana beliau sudah redha dengan apa yang terjadi.
  Bercerita lebih lanjut, Rura berkata pihak hospital ada memaklumkan kepadanya mengenai jangka hayat Adi yang mungkin tidak lama.
  “Saya diminta bersedia di atas semua kemungkinan yang bakal terjadi kerana doktor sendiri sudah kata Adi mungkin tidak hidup lama.
  “Doktor menyatakan jika Adi jatuh sakit, ada tiga perkara yang boleh dibuat iaitu memberikan bantuan pernafasan, menekan dadanya untuk mengepam jantung atau hanya biarkan saja dia ‘pergi’.
  “Dua perkara pertama itu mempunyai risiko sendiri seperti mungkin boleh menyebabkan tulang Adi patah. Jadi kami membuat keputusan, sekiranya Adi pergi, kami mahu dia pergi dalam keadaan yang tidak menyakitkan dirinya.
  “Kalau ditanya, ya saya sudah bersedia untuk kehilangannya tetapi saya tidak tahu apakah saya benar-benar kuat untuk menempuhnya jika ia terjadi satu hari nanti,” jelasnya.

Sawan 15 Kali Sehari
-----------------------------------
Anak kecil itu juga kerap diserang sawan disebabkan penyakit yang dihidapi.
  “Kadang-kala, sehari sehingga 15 kali Adi diserang sawan untuk tempoh 30 saat hingga satu minit. Menurut doktor, agak sukar untuk mereka mengubati sawan berkenaan kerana ia berkaitan dengan masalah otak Adi dan apa yang mampu dilakukan adalah mengawal dan mengurangkan bilangan sawan itu saja,” katanya.
  Rura menyatakan ramai ahli keluarga dan sahabat handai yang memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepadanya untuk menghadapi ujian ini.
  “Saya juga sentiasa berdoa memohon Allah memberikan kesembuhan kepada anak saya. Saya harap jika dia sihat, dia dapat membesar dengan baik seperti kanak-kanak normal yang lain,” katanya.
  Rura yang berkhidmat di agensi kerajaan turut mengambil cuti separuh gaji untuk menjaga anak kesayangannya itu.
  “Saya hanya mampu bersabar dengan ujian ini. Saya percaya semuanya ada hikmah dan akan mendapat balasan yang baik, jika tidak di dunia, mungkin di akhirat,” katanya mengakhiri perbualan.

****************************************************************************

Promise me sayang, tunggu umi & abi di syurga, in shaa Allah



Thursday, April 30, 2015

Dear, ADI DANIAL BIN SYAHRIL LUFTI

 Assalamualaikum.

Saat umi karang entri ni, Adi Danial Syahril Lufti dah pun hari ke-6 dijemput  Sang Maha Pencipta. Mungkin sekarang Adi dalam keadaan sihat, berada di dalam rumah syurga yang Allah dah janjikan untuk anak syurga macam Adi & dijaga oleh para malaikat & bidadari jelita. Alhamdulillah, bertuah kamu sayang, Umi cemburu , Umi belum boleh ke sana & menjaga Adi lagi. In shaa Allah, Umi akan berjuang di dunia ni, supaya dapat jumpa Adi di syurga nanti.. Adi tunggu Umi & Abi ya...

Terkenang setiap saat Adi dalam jagaan Umi & Abi. Kalau duduk sorang-sorang dalam bilik, mulalah tengok balik gambar Adi dari awal lahir sampai lah gambar hari terakhir sebelum Adi pergi.. Sumpah, Umi rindu Adi.. Umi rindu suara Adi, bau Adi, manja Adi.. Al-fatihah.. Tenang lah Adi, Umi & Abi baik-baik saja..

Kenangan mengandungkan Adi.

Sepanjang 8 bulan Umi mengandungkan Adi, memang senang, xada alahan yang teruk, mengidam yang extravaganza pelik atau perangai berubah jadi alien. Alhamdulillah, dipermudahkan semuanya. Cuma, Umi mengalami bleeding yang sangat banyak masa usia kandungan 3 bulan. Masa tu doktor sendiri kata mungkin xada harapan, mungkin baby dah x ada. Tapi, bila scan, Adi masih ada dalam rahim Umi.. Sihat, aktif.. Jadi, bleeding tu doktor kata “unknown reason” bleeding je.. Hurmm..

Kasut yang berlumuran darah semasa bleeding.

Dan, bila masuk usia kandungan 7 bulan, doktor kata, saiz baby sangat kecil berbanding usia kandungan. Walaupun dah 7 bulan ramai yang kata perut umi macam mengandung 5 bulan. Comeiii je. Jadi, kes kandungan umi di hantar ke HKL. Selama beberapa minggu check up di HKL, akhirnya Umi diarahkan warded & lahirkan Adi secara pembedahan. Sebab takut Adi lemas, saiz Adi masih tak ada sebarang perkembangan.

18 Julai 2014 (20 Ramadhan 1435) Jumaat  : 
Adi dilahirkan.

Alhamdulillah, selepas beberapa discussion dengan doktor pakar, Umi & Abi decided untuk keluarkan Adi secepat mungkin, walaupun pada mulanya doktor pakar nak buat ujian air ketuban yang memakan masa beberapa hari. Wanita mana yang suka perutnya ditoreh dalam keadaan sedar? Walaupun separuh badan dibius? Umi yakin, semua yang bergelar ibu sanggup buat semua tu demi anak-anaknya.. Keputusan Umi & Abi tepat, sewaktu Adi dilahirkan, Adi dah pun kebiru-biruan, tanda Adi kekurangan oksigen.. Ya Allah.. Sebak dada bila teringat balik.

Adi, masa umur seminggu - 2 minggu



Selepas Adi lahir, Adi ditempatkan di NICU selama 2 minggu, Adi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang pertama di hospital bersama-sama nurse. Raya ke 2 baru lah Umi & Abi datang. Bila tengok Adi dalam incubator, hilang semua sakit. Rasa nak peluk Adi kuat-kuat, tapi Umi takut, Adi kecik, 1.3kg je masa tu. Selepas 2 minggu , Adi dipindahkan ke Institut Paediatrik, Wad KK9. Selama 3 bulan Adi kat Wad KK9, sangat kerap Umi & Abi datang tengok Adi untuk lepaskan rindu. Saat semua ibu berpatang dirumah dengan anak dilengan, Umi menampung tangan diperut menahan sakit, duduk & berdiri melihat Adi dalam incubator. Boleh sentuh dari luar je sayang. Masa tu la doktor terangkan 1 per 1 masalah Adi. (Umi akan kongsi dengan semua dalam entry yang lain, In shaa Allah) Masa tu Umi fikir, apalah sangat sakit torehan diperut umi kalau nak dibandingkan sakit yang ditanggung anak kesayangan umi ni.. Allah je yang tau macam mana perasaan Umi & Abi.. Tapi kami yakin, Adi kuat!

betapa sejuknya hati Umi bila Adi pandang Umi


Adi , 3 bulan


 Alhamdulillah. Selepas tu Adi dipindahkan ke Wad KK8, menandakan Adi dah semakin stabil dengan berat 2.6kg. Perancangan Allah yang terbaik, masa tu Umi betul-betul habis pantang, Umi dipanggil untuk tinggal di hospital menjaga Adi sepenuh masa. Banyak yang Umi kena belajar sebelum  bawa Adi balik. Cara bagi ubat, cara pakai mesin susu, cara jaga kebersihan, cara cucuk kaki Adi untuk ambil darah test gula. Sebulan berkampung di KK8, akhirnya kita discharged. Teruja gila masa tu!

Adi pulang ke rumah untuk kali pertama selepas usia 4 bulan.

Selama Adi di rumah, Adi la penyeri.. Makin hari makin aktif, suara makin kuat. Genap usia Adi 6 bulan Adi baru pandai menangis & menjerit. Haha. Tak ada siapa nak pujuk pun bila Adi nangis, sebab cute sangat! Bila dipeluk, Adi diam. Adi suka keluarkan lidah sebab Adi dapat rasa ada tiub kat lidah Adi. Kadang Bila Adi tidur, Adi akan hisap tiub tu.. cuuuttt..cuuuttt.. cuuttt... kuat bunyinya! Hahaha.. Adi akan cepat tidur kalau disentuh.  Lagi 1, Adi suka madu. Selalunya setiap pagi Abi yang akan suapkan Adi madu sikit.. Adi suka jugak mandi, bila masukkan dalam air, Adi diam je.. Kaki Adi seakan-akan nak melompat-lompat. Nampak sangat Adi seronok. Walaupun Adi belum pandai ketawa, apatah lagi senyum...Haaaa.. Rindunya sayang..

On the way to hospital, Adi's Check up
setiap bulan Umi & Abi bawa Adi ke hospital untuk Appointment. Tambah ubat & ambil darah. Paling favourite, bawak Adi pergi Fisio.. Ajar Adi meniarap, exercise.. Bila ada kat rumah ni berebut-rebut makcik2 Adi nak pegang, lagi2 bila waktu “rest” susu, off je mesin, Adi dah kena angkut ke luar rumah, tengok matahari. Sama jugak lah bila bawak Adi balik rumah nenek kat Rawang. Sekali dapat dukung, memang nenek xlepas. Nampak kan? Semua sayang sangat kat Adi. Bila umi kerja, fikiran umi hanya ada Adi. Tak sabar-sabar nak balik. Bila sampai rumah dalam pukul 7.30 pm , biasanya Adi akan terjaga dari tidur, sambut kepulangan Umi & Abi, kasi caaann kat Abi gomol Adi dulu, sebab bila waktu tgh malam hingga pagi, umi pulak yang akan jaga ubat & susu Adi. Kadang-kadang kalau umi “lost” Abi plak yang jaga.. haha


Usia 7 bulan, kesihatan Adi terganggu.

Adi tiba-tiba kerap  sawan, walaupun tak demam. Sehari lebih 10 kali sawan. Umi & Abi prepare semua barang Adi & Umi dulu sebelum bawa ke HKL , sebab mesti kena warded punya.  Sampai saja di lobi Institut Paediatrik Adi makin mengamuk.. mengerang, macam rasa sakit sangat, tapi umi xtau kat mana. Kelam kabutnya Umi masa tu, terus bawak adi masuk & Adi warded.



Sayunya hati Umi & Abi bila tengok lebam hasil tusukan jarum kat tangan & kaki Adi. Rasa nak maki, tapi tu dorang terpaksa buat untuk tolong Adi jugak.. Cuba bersabar walau dalam hati menggelegak nak marah. Hari ke 4 Adi warded, Adi mula buka mata. Ya Allah, happynya! Adi membebel macam biasa, Cuma gerakan tangan & kaki Adi kurang aktif. Kesan ubat kan? Hurmm..

Adi yang semakin sihat.

Hari demi hari kesihatan Adi makin membaik, Umi dah seronok nak bawak Adi balik. Tapi Tiba-tiba Adi sawan semula. Kali ni lebih kerap, 15 kali sawan sehari. Kemudian doktor pulak dapat kesan Adi terkena jangkitan kuman MRSA dari dalam wad. Di paru-paru & darah. Allahurabbi. Sudah la urat Adi halus, antibiotik pulak kuat, setiap setengah jam ke 3 jam bertukar urat & jarum. Banyak lebam- lebam dibadan Adi. Setiap kali nak cari urat baru untuk dicucuk, Adi terpaksa di masukkan ke ICU & diserahkan kepada doktor yang lebih pakar. Tapi hanya bertahan hanya untuk beberapa jam saja & akhirnya, doktor putuskan membuat pembedahan untuk tebuk dada Adi & masuk kan CVL.. Tiub halus untuk masukkan ubat atau untuk ambil darah yang direct ke jantung. So lepas ni tak perlu lah lagi Adi di cucuk2 lagi..



Selepas pembedahan, Adi masih belum stabil. 3 hari di ICU baru lah Adi dibawa turun ke wad biasa, Cuma kali ni Adi dapat bilik khas untuk elakkan jangkitan kuman. Kita berdua je dalam bilik tu sayang, kadang-kadang Abi tidur sekali. Kesian Abi hari-hari berulang Kuala Kubu – KL Sentral – HKL , tapi sebab sayang & rindukan anak, xsanggup berjauhan lama dengan Adi. Abi sanggup buat apa je.

Kisah Adi Danial di Berita Harian

1 hari seorang repoter BH (Nasuha @ Suha) call Umi untuk interview, katanya kawan Mummy Nas. Mummy Nas ni kawan Umi  yang kerja kat BH jugak. So Mama Suha minta kebenaran untuk share kisah Adi dalam 1 slot BH, sebab penyakit @ keistimewaan Adi ni sangat jarang-jarang berlaku.  Bukan sebab gila glamour  atau sebab nak raih simpati Umi nak kongsikan kisah Adi. Tapi jugak as knowledge & semangat untuk ibu bapa yang ada anak seistimewa Adi. Umi bukan seorang yang kuat, tapi Abi & Adi  yang buat Umi kuat.







Alhamdulillah, ramai yang datang ziarah Adi.. Kawan Umi yang menghilang bertahun2 datang nak jumpa Adi, family yang tah berapa lama tak dengar berita call bertanya tentang Adi. Umi pun kena marah sebab tak bagi tau semua orang, kebanyakkannya tau Adi  “xsihat” dari BH je.,, Maaf ye semua, saya xtau macam mana nak mulakan cerita. Thanks to Mama Suha & Mummy Nas.. terima kasih semua yang sudi datang & mendoakan Adi. Sesungguhnya Adi pengerat silaturrahim.

Bawa Adi pulang.

Hampir 2 bulan Adi di wad, kesihatan Adi turun naik. Pernah sekali Adi sawan lebih dari 35x sehari, bila masukkan ubat sawan yang agak kuat, Adi akan tidur berhari-hari. Kesian anak Umi. Sehingga lah 21 April 2015 kesihatan Adi stabil. Adi tak demam, xsawan, xmuntah. So doktor sarankan untuk bawa Adi pulang. Gembiranya rasa hati!  Setelah 2 bulan, 23 April 2015, Adi dibawa pulang.. Alhamdulillah.



Malam pertama Adi di rumah, Adi tidur lena. Semua happy.. 2nd day, Adi mula buka mata sikit-sikit. Kebanyakan masa Adi tidur, hanya terjaga bila Adi tak selesa & kahak penuh.  Umi terpaksa sedut kahak Adi dengan mesin sedut kahak yang Abi baru masa kat hospital. Lepas sedut tu Adi lega & sambung tidur. Malam ke dua, Adi merengek, tau tau Adi nak apa.. Pampers umi dah tukar, kahak pun x ada. Umi tunggu time “rest” susu Adi , lepas tu Umi angkat Adi tidur tengah2 antara Umi & Abi. Baru lah Adi tidur lena..  Adi nak manja dengan Umi & Abi ye?

25 April 2015 (6 Rejab 1436) Sabtu: 
Hari terakhir.

Bangun pagi macam biasa, sedut kahak Adi dulu sebelum start susu. Supaya Adi selesa. Tapi hari tu tak macam hari biasa.. kahak Adi banyakkk sangat, tak hilang2.. Adi tidur pun xselesa, macam susah nak tarik nafas. Kadang Umi & Abi bagi Adi oksigen.. Baru Adi nampak lega. Lepas solat maghrib Umi letak Adi kat riba Umi. Kahak masih banyak.  Umi sedut kahak, tp tak ada. Abi cakap, nanti kalau bayak lagi xhilang-hilang kita bawak Adi pegi hospital & ambik nap. Sementara tu Umi buat macam biasa, tiarapkan Adi & tepuk2 belakang Adi sikit.. Memang banyak sangat kahak & air liur yang keluar. Nafas Adi nampak macam makin reda, tak terlalu tarik kuat. So Umi biarkan Adi rehat kat riba Umi.

Adi tarik nafas panjang. Lepas tu Umi tak rasa apa-apa pergerakan dari jantung  atau turun naik perut Adi. Adi senyap. Umi terus jadi tak sedap hati & angkat Adi. Umi tengok muka Adi dah biru, bibir Adi dah hitam. Ya Allah. AllahuAkbar. Umi cuba bagi Adi oksigen, tp tak ada respon. Umi menidakkan kata hati Umi yang merasa Adi dah tak ada. Umi anggap Adi lupa bernafas, Adi pengsan..

Sepanjang dalam perjalan ke hospital KKB, Umi panggil nama Adi.. “Adi Danial, sayang, bangun... Adi Danial, jangan tidur.. Adi Danial, bukak mata”.. Sesampai emergency room, Umi serahkan Adi pada doktor. Hanya Allah yang tahu macammana perasaan Umi & Abi. Umi pernah berjanji tak akan nangis, tapi waktu itu umi mungkir janji. Umi menangis hingga tangan menggigil. Umi takut kehilangan anak yang Umi sayang.

Doktor datang jumpa & bagitahu Adi dah tak ada. AllahuAkbar. Secepat ini? Umi cuba bangun nak pergi tengok Adi disebalik tirai tp Umi lemah. Umi rebah ke lantai. Umi masih sedar & menangis tapi umi tak kuat untuk berdiri. Abi & Nek Wan tolong papah Umi ke katil Adi. Adi kaku & pucat. Lagi sekali Umi kalah sayang. Umi mintak maaf, Umi tak kuat. Umi ambil Adi & Umi peluk.. Seakan-akan Adi sedang tidur dalam pelukan Umi.. Masih dalam keadaan tidak percaya, masih cuba mengejutkan anak kesayangan yang “lena” dipangkuan. Sekali2 Umi istighfar & menyebut nama Allah, tapi ada juga Umi menyalahkan diri sendiri. “maafkan umi, umi salah” “kenapa cepat sangat” “ Adi belum tengok muka Umi & Abi sebelum pergi” “Adi Danial tolong la bangun, Umi sayang Adi, Abi sayang Adi”.. Umi macam orang gila, suara Umi sorang je yang kedengaran dalam wad kecemasan tu.. Maafkan Umi sayang. Umi mungkir janji..

Adi dibawa ke Unit forensik untuk pengesahan kematian, berat langkah Umi untuk bawak Adi keruangan bilik mayat, Umi tak mampu nak berjalan, tapi Umi tak benarkan sesiapa pun  yang dukung Adi selain Umi. Masih berharap Adi akan bangun semula. Sehingga lah pulang ke rumah, Adi ditutup dengan kain batik & kain putih. Baru lah Umi boleh terima, “Anak Umi dah tak ada”. Sepanjang malam Umi & Abi duduk ditepi Adi.. Kadang menangis, kadang diam termenung. Masing-masing cuba mencari kekuatan.

Baju terakhir yang Adi pakai.

Pengkebumian.

Segalanya berlaku dengan cepat & lancar.  Pada pukul 9 pagi Adi dibawa ke masjid. Mandi jenazah disaksikan semua ahli keluarga & kenalan. Kebanyakannya semua tak dapat menahan sebak. Kalau ikutkan hati Umi, Umi nak peluk sayang & tak benarkan sesiapa sentuh.. tapi itu salah, Umi tak boleh buat macam tu... Selesai  solat jenazah, Abi yang dukung Adi sepanjang perjalanan ke tanah perkuburan. Dan bila dah dimasukkan ke liang lahad, lagi sekali Umi tewas. Air mata mengalir tak berhenti.. Semua kembali tenang, bila doa habis dibaca.

Dan bermulalah hidup Umi & Abi tanpa Adi disisi. Alhamdulillah. Adi dah sihat di syurga. Adi tak payah lagi rasa segala kesakitan di dunia. Apa Adi nak, kat syurga, semua ada.. Kadang Umi bergurau dengan Abi, “apa agaknya Adi buat sekarang kan ? Naik basikal kot kan?” ... tapi apa yang Umi bayangkan Adi  naik kuda syurga yang besar & gagah. Yang boleh terbang tinggi.. Kenapa kuda yang gagah? Segagah & sekuat Adi Danial.. Sesuai dengan nama Adi yang bermaksud PEJUANG. Adi dah berjuang selama 9 bulan di dunia.. Alhamdulillah.. Terima kasih sayang, Adi dah menjadi seorang anak yang sangat baik selama ni.. 

Hari ke-6, Umi & Abi dah semakin stabil. Abi pesan, kalau rindu Adi selalu bacakan Al-fatihah. And i'm gonna spend my whole life to reads u Al-Fatihah, sayangku. Damai lah Adi di sana, tunggu Umi & Abi ye sayang. Umi & Abi sayang Adi.. We miss u so much..



AL-FATIHAH


“muncul lah dalam mimpi, & senyum lah walau untuk kali pertama & terakhir”

Tuesday, February 03, 2015

JOM JUMPA FYNN JAMAL (KOK PING) DI MAJLIS PERASMIAN RIENAZZ VENDOR BOUTIQUE !!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum!

Tooddiiaaa, tajuk panjiaanggg panjianngg baq hiaaanngg.... hahaha

Tapi ini serius babe! Nak jumpa Fynn Jamal tak? Nak ajak ni! Jangan kata tak kenal, aku timbus ko dalam pasir kang.
Wehhh! Fynn Jamal nak datang ke Majlis Perasmian satu Vendor Boutiqe baru yang terletak di Wangsamelawati. Apa lagi nak ditungguuuu... uolz yang tinggal area Kuala Lumpur tu, meh la datang. Klo ko dari Siam sekali pun, 
gagah nak jumpa Fynn Jamal, amat dialu-alukan uolz!

Nahhh... alamat..


Kemon la brader sisteriahh, kita pergi ramai-ramai! Riuh rendahkan lagi suasana yang memang sedia meriah tu nanti. Aku pun pegi oooii...

50 orang yang terawal akan mendapat DOORGIFT FREE!!

Sambil-sambil uolz beramah mesra , mintak sign, amek gambo, selpie2 dengan Kok Ping.. Boleh la uolz cuci cuci mata, dengan barang-barang yang kompem potong jari,
SALE GILA-GILA weeeiii!! 

Ehem! RS Belleza pun ade buat sale okayyhh... 
come take a look sayangsss...

SUPER GILA-GILA SALE
8 FEBRUARI 2015 
RIENAZZ VENDOR BOUTIQUE
NO.21A, JALAN WANGSA MELAWATI 4, 
WANGSA MELAWATI 
53300 KUALA LUMPUR


MASKER ORGANIK WARISAN
RM 29.90  RM25.00 ONLY
*
*
*

CHOCO VSHINE
RM68.90   RM59.00 ONLY
*
*
*


READY TO SOLAT SKIRT
RM 48.00    RM35.00 ONLY
*
*
*


 

 

SEQUIN SATIN ABAYA
RM55.00     RM45.00 ONLY
*
*
*



 

 
 

COTTON DRESS ABAYA (A)
RM89.00     RM70.00 ONLY
*
*
*





COTTON DRESS ABAYA (B)
RM69.00     RM49.00 ONLY
*
*
*


BAWAL SATIN
RM19.00    RM15.00 ONLY
*
*
*




TELEKUNG TELEKUNG EXCLUSIVE
**SEMUA DENGAN HARGA PENGENALAN DARI 
RM99 DAN KE BAWAH SAHAJA!

Acaner? Teruja ke tidok? Jom laaa.. Mesti tak rugi datang! 
Ingat tauu!! Jumpa kat saaaannnnnaaaaa....

ZAWARA.

...