Skip to main content

Checklist : Pertunangan

Salam..



hye fellah......!!



Kiutnya awak baca blog kita... eheheh ^_^



Ok lah dear readers... Now aku nak share dengan kamuuu semua, Senarai Periksa (Checklist) untuk memastikan sebuah majlis pertunangan itu berjalan lanchorrr & supaya kita tak jadi hijau kerana marah dihari pertunangan.. Masa tunang tu muke mesti kasi sweet, blushing2. Jangan sampai bakal mak mentua terasa nak mempertimbangkan semula untuk menjadikan anda sebagai menantu... gitewwww...





So adik2 (dah kahwin ni terasa tua sikit), pertunangan ni bukanlah sesuatu yang wajibulghunnah. Cuma 1 stage / adat untuk kita lebih mengenali pasangan kita lebih mendalam sebelum diijabkabulkan.. Tapi bukan lah lesen untuk kita terlalu "mendalami" pasangan iteww... salah..!! haaaa~~


Terpulang untuk kita nak buat majlis secara besar-besaran (sampai panggil artis datang buat magic show) atau secara kecil-kecilan (buat magic show sendiri depan tetamu)..Macam wajib pulak way magic show tu kan...? Tak buat majlis tunang lagi jimat uolzahh..! Tapi aku pun tunang gak dulu...eh aku kompius.. Suke hati korang la...


Sebelum muqadimah lebih panjang dari checklist, adalah lebih baik aku bagi korang checklist tu sekarang...



Pilih tarikh/waktu/tempat :


Tarikh & masa yang xmenyusahkan semua orang & senang untuk diingat sampai anak cucu.


Rumah (hall) @ bilik atas katil pengantin @ Dewan Serba Guna @ Dewan Serba Salah @ Dewan Serba Serbi. 

Tentukan jumlah hantaran L/P

 Contoh > 7 dulang (P) balas 5 dulang(L) 

Selalunya perempuan akan bagi 2 dulang lebih dari lelaki, & jumlah yang bernombor ganjil. Selalunyeeeee... Kalau nak buat laen dari yang lain, apelah salahnye.. Bagilah  yang termampu, xpayah nak glamour sangat sampai sanggup hutang.. glamour ke hutang2 ni uolzz..?? tidak same sekali..

Pilihan Tema hantaran :

Biasanya pemilihan color yang lembut. eg. soft pink, soft yellow, white..
 Ikotlah warna fevret korang tu, kalau suke kuning sami.. pon boleh.. ate, majlis korang kan... 

Pilihan Gubahan sendiri / tempah :

Buat sendiri lagi jimat uolzz... Kalau terasa diri tu mmg xkreatif langsung, lukis muke sendiri pun boleh jadi muke bigfoot.. tapi dalam mase yang same, nak jimat.. xpe, dapatkan khidmat kawan2. xkan lah xde yang dapat tolong.. kemon laaaa... kawan fesbuk ribu2..

Pilihan Warna pakaian L/P :

Bergantung pada tema yang korang pilih.. xsemestinya kena sedodonan... boleh jugak kalau nak buat tak sama warna.. contoh > lelaki baju soft blue, perempuan soft pink.. Dalam gambar mesti chooaannttteekk.. Jiwa soft2 gitewww.. Terpulang..

Tentukan jenis barang hantaran

listkan barang2 ikut kehendak & kemampuan.. ada sesetengah orang, masa hari pertunangan terus bagi semua / lamsam barang2 hantaran.. Mcm aku la tu.. Nanti masa nikah xpayah bawak apa-apa dah, datang dengan hati yang girang je..

Tapi kalau rajin nak buat hantaran lagi sekali, dah xtau nak habiskan duit tang mane lg, masa tunang tu datang bawak separuh (banyakkan makanan dari barangan) & lagi separuh bawak masa nikah (barang2 mahal gila yang korang da decide tu)

Jumlah wang hantaran & mas kahwin :

Jumlah hantaran tu, hak masing-masing nak berapa.. Yang penting jangan sampai menyusahkan diri sendiri & terutamanya bakal suami.. Sebab lepas kahwin nanti kalau dalam poket suami korang dah tinggal habuk2  biskut je, siapa lagi yang nak tolong kalau bukan korang.. Mintak takat lepas duit buat kenduri + simpan untuk kegunaan selepas kahwin tu dah le.. Tapi kalau bakal suami kaye raye jutawan al-taukeh minyak, tiade masalah...!! Sile mintak cek kosong untuk korang isi sendiri jumlahnye... ngeehhh

Mas kahwin, sila la check ikot negeri berapa amaun minimum... Selain duit, boleh jugak kalau nak mintak barang kemas.. wah..!! Tak pun, ada sesetengah orang, dia mintak set alat solat + al-Quran... ^_^

Cincin tunang & risik :

2 cincin ( ikut pilihan sendiri either nak bagi 2 sekali or nak bagi cincin tunang je pun boleh

Pilihan Dais / Pelamin

Bergantung. Setengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yg dihias cantik . Nak jimat DIY (Do it yourself).. Tak pun, kalau kedekk macam sayeeerr, xpayah la pelamin2 bagaiiii..

Makeup :

Nak upah mak andam pun boleh.. Pasti cun..!! Nak lagi jimat, make up sendiri @ mintak mane2 kawan @ family yang pandai make up tu tolong... Makeup soft kalau boleh... Jangan terlalu "pelangi dikala senja" or "episod ibu tiri yang dibenci"

Jurugambar

Tips untuk kawan2, ambil lah sekali pakej tunang + nikah + sanding.. lagi berbaloi.. kalau asing2 ni biasenye mahelllll... Xpun, tangkap kat hanset & cuci di kedai gambar oscar.

Sediakan bajet jamuan makan lunch / ptg/ mlm :

Katering atau pun masak sendiri.. Masak yang simple pun dah ok

Tentukan wakil pihak L/P sbg juruckp :

Biasanya orang tua yang berpengalaman.. 

Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta :

Senang nak bajet makanan, space @ goodist.. Jangan sampai orang yang datang 15 orang, tapi kita masak untuk 3 orang.. Berpotensi untuk kena umpatan sepanjang usia..

Perkara2 yang akan dibincang kedua keluarga pd hari pertunangan :

     Tarikh nikah/ langsung kt mana?

Tarikh kenduri ?
Jumlah wang hantaran?
Jumlah wang mas kahwin ?
Jumlah barang hantaran semasa kahwin?


 Kalau minat lagi tang pantun-pantun, boleh la usulkan untuk pantun memantun ni.. Masa aku tunang dulu pun siap berpantun. Alahai klasiknye jiweku ketike itu,... haha

Apa yang aku senaraikan atas ni just listing yang basic (basic ke..?), almaklum lah zaman sekarang ni banyak yang ditambah-tambah.. Kalau boleh nak ada sesi karauke & cabutan bertuah. Tapi apa-apa pun, aku harap sedikit sebanyak dapat lah bantu readers yang tengah gusar gundah gunalan gulana berfikir untuk persiapan majlis pertunangan ni.

Good Luck... & Congratulation..!!

Nak wedding tips everyday..?? with free consultation..?? fuiyoh..!!
Click HERE now bebeh..! Ini betol-betol free oi...



Comments

  1. Thank you... funny entry really help me a lot dekat2 nak tunang nieh =)

    ReplyDelete
  2. Thank you sgt2 for this lovely entry... My bf tibe2 ajak bertunang bulan 12...soo agak kelam kabut di situ... Your checklist helps a lot. Thanks ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CHECK LIST PERKAHWINAN

Salam... Hye B2B  ..!! Excited dok survey preparation for your wedding..?? Last N3 aku post bout "Checklist Pertunangan". So now, aku nak post bout..... tadaa..!! " CHECK LIST PERKAHWINAN "  Besties..! Gemoknye akuuuu ketike itu... Lembutnye pipi u.. Meh tenyeh sikitttt.... Excited x nak kahwinnnn uolzzz..??? hehee k la, byk yang uolz kena baca, so xreleven rasanya nak kumat kamit panjang berjela-jela... Gitewww... So, selamat membaca & menjulingkan mata anda. 12-10 Months Before Ceremony Tentukan tarikh & hari perkahwinan – Booking for MUA (solemnization) – Booking for MUA (reception) – Booking for OP – Booking for OV - Catering for Solemnization – Catering for Reception - 9-8 Months Before Ceremony Solemnization’s place – Reception’s place – Solemnization theme – Reception theme – Family theme for bride side – Family theme for groom side – 7 Months Before Ceremony  Listdown b

!!..DEMAM PANAS..!! - Daun Bunga Raya

Salam.. Hye uolz yang vouge de vass..!! iolz nak bercerita sambil bagi petua kat uolz ni... Sejak bila blog ni jadi blog petua..? Blog aku, suke hati aku la... hahaaaii Nak dijadikan ceritaaaaa.......... jap, betulkan anak rambut terkeluar dari tudung.. Okay, sambung balik... My beloved hasben demam baru-baru ni.. even just dok lepak sebelah dia pun dah boleh rasa kebahangan kepanasan kesuhuan kebadanan dia tu.. panasss... hot..! hot..! So, sebagai isteri yang soleha... Jap, nak betulkan tudung plak, kurang labuh rasanya...  Aku pun fikir la, apaaa nak dibuat.. nak bagi makan ubat, ubat xde... Lagi pun dia mana nak makan ubat-ubatan sangat ni.. Hasben kate badan rasa xselesa, perut macam senak. Susah nak buang angin.. Uiiii.... Memandangkan masa tu kat hotel, hasben kursus 2 hari.. Ape la sangat peralatan yang ada kat hotel tu.. Gergaji, tukul besi, cangkul.. Before tidur just bagi dia minum air suam, lepas tu tuamkan perut dia.. Letak air panas dalam botol, balu