Skip to main content

Sedap..! : Tauhu Mekar di Dalam Taman Hati Nan Suci Murni

Salam..!

Ello uolz..!! Lapar..?

Pernah atau tidekk, uolz semua dengar nama tauhu mekar or tauhu terbalik or tauhu bunga or tauhu tak berapa nak tauhu..? Pernah tak..? Walaupun lapan puluh belas ratus nama diberi, bendanya tetap sama je...  ate.. Tak ada nama yang fix kan...? Tajuk kat atas tu propa je, tak payah nak taman sangat laahh.!

First time aku dengar pasal Tauhu mekar ni dari seorang ahkaq, dia cerita betapa sedapnya Tauhu Mekar itu. Oh, teringin dengan tiba-tiba.. So gagah la menggoogle, macam-macam nama & resepi yang aku jumpa.. Alih-alih, buat resepi sendiri.. Sedap tak sedap, suami sila terima dengan redhoooo.. ihikkk..

Family belah En.Hasben ada buat berbuka puasa bersama-sama (puasa punya cerita, basi dah..!) , kesahnya kena buat potluck.. So, En. Hasben request ai buat Tauhu Mekar.. Almaklum, Binik memang tereeelll gila masak... ##Puuii..

Nerbes jugak la nak bagi big family En.Hasben rasa apa yang aku bawak tu, tapi alhamdulillah.. Semua kata okey, sedap.. Siap suruh buat frozen food lagi.. My beloved mother pun suka.. Alahai, koyak kain baju kurung mak... prakkk..!! 

Ok, bebel banyak pun orang tak suka, jom kita cuba resepi Tauhu Mekar ai,..

Bahan-bahan

Tauhu kering 35 biji
Tauhu basah 2 biji
Ayam cincang RAMLY 1 paket
Sosej – 5 batang (ke bijik?? Kompius mak) *hiris bulat
Keju – 3 keping (boleh letak lebih kalau gilo keju) *potong petak
Lobak merah *hiris haluuusss
Daun bawang *
Daun sup *
Serbuk lada putih – 1 sudu kecil
Serbuk lada hitam – 1 sudu kecil
Cili Merah – 1 biji (dibuang biji)
Bawang besar – 1 biji *potong dadu
Bawang putih – 4 biji *hiris halus
Telur – 1 biji
Kiub ayam – 2 ketul
Garam & Gula – secukup rasa

Mula-mula, baca bismillahirahmanirahim, doa supaya resepi ni menjadi.. Dan senyum dengan manissssss...

Penyediaan inti Tauhu Mekar

1)          - Hiris permukaan tauhu kering tu secara menyilang.. tapi jangan sampai terbelah empat pulak, permukaan SAHAJA... Lepas tu, terbalikkan tauhu kering dan buangkan isinya.. Asingkan isi dan kulit... Jangan kau tibai pi buang plak isi dia.. Nanti tauhu akan berbentuk seperti mangkuk yang mekar di taman hati yang suci.. Sinetroonnn sgt..


yang petak tak jadi paling kiri tu konon2 tauhu kering... potong macam garisan merah tu, tapi jangan la senget benget.. heheh boleh gunakan gunting atau pisau... Pendidikan seni mak A1 ok..!!
                  
                    - Potong kasar tauhu basah, masukkan ke dalam bekas isi tauhu kering yang sudah diasingkan tadi.. Masukkan juga ayam cincang RAMLY, kiub ayam, lada hitam, lada putih, garam, gula, telur.. Gaul, ramas & belasah pukul-pukulkan sehingga sebati. AMARAN KERAS : JANGAN MENGADA2 LETAK AIR

3)          -   Selepas itu, masukkan pula lobak merah, daun bawang, daun sup yang telah dihiris halus. Gaulkan lagi dengan slow and steady (sebab xnak daun bawang & daun sup hancur dek emosi) hingga puas hati dan asingkn ke tepi.

Selesai sudah penyediaan intinya, dan kita teruskan dengan mengisi inti itu ke dalam tauhu yang telah dimangkukkan.. ngeehehehe.. teruja.


1)                  - Masukkan inti tauhu sehingga separuh mangkuk tauhu tersebut, lapiskan pula dengan sosej & keju yang telah dipotong. Kemudian ditutupkan lagi dengan inti tauhu, agar keju & sosej berada ditengah-tengah. Gitewww.. aku suka isi penuh2 & padat.. Puas..!

Ini bahagian tengah, masa ni bajet2 je letak cheese sekeping & sosej 4 keping... Last2 bila tengok banyak pulak lebih, penuh cheese & sosej aku letak... untung la sape yang dapat.. hahaaaii
Ini lah rupa Tauhu Mekar di Dalam Taman Hati Nan Suci Murni sebelum digoreng.. Padat & berat..! Macam aku jugak...
Siap!! Boleh dah nak goreng & hidangkan panas2.. Bila digigit akan terasa keju yang cair ditengah... NYUMM..!! Dapp eehhh.... Dapp eehhhhh...

Ini pulak rupa tauhu selepas digoreng & dibelah.. & juga secara rasminya telah di ngap..!! & habissssssss....
 Boleh tukarkan ayam cincang tu dengan daging cincang... Buat inti Tauhu Mekar tu pun boleh ikut kretiviti masing-masing.. Nak letak daging rusa..? Kerbau..? Landak..? Siput..?? Tiada masalah.. Asalkan kau bahagia nak..
And and and... Andai la tak dan nak goreng time tu jugak , boleh la difrozenkan... Masukkan Tauhu Mekar dalam freezer, dengan mangkuk2 tu skali, agak2 nak beku dah, keluarkan balik & susun dalam plastic, kemudian stepler.. Masukkan dalam freezer lagi.. If terus masuk dalam plastic sebelum dibekukan, takut melekat pulak keenn...

So..! Gonna come up with the yummy sauce for Tauhu Mekar.. Just wait, and berharap aku tak malas-malas lagi nak update blog yang konon glamm sgttt..!

See u soo darlings..!! Daa..~~

Salam.. Muah..! 

p/s : tempahan bulan november dah penuh... Thank to all my darlings yang mengorder untuk jamuan office & kenduri masing2... Order dibuka semula pada pulan Disember.. Tengkiu... Tengkiuu.. Tengkiuuu...

Comments

  1. salam.sedapnyeeeee!!!
    kalau free singgahlah ke blog noly pulak ye
    www.nolyanna.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CHECK LIST PERKAHWINAN

Salam... Hye B2B  ..!! Excited dok survey preparation for your wedding..?? Last N3 aku post bout "Checklist Pertunangan". So now, aku nak post bout..... tadaa..!! " CHECK LIST PERKAHWINAN "  Besties..! Gemoknye akuuuu ketike itu... Lembutnye pipi u.. Meh tenyeh sikitttt.... Excited x nak kahwinnnn uolzzz..??? hehee k la, byk yang uolz kena baca, so xreleven rasanya nak kumat kamit panjang berjela-jela... Gitewww... So, selamat membaca & menjulingkan mata anda. 12-10 Months Before Ceremony Tentukan tarikh & hari perkahwinan – Booking for MUA (solemnization) – Booking for MUA (reception) – Booking for OP – Booking for OV - Catering for Solemnization – Catering for Reception - 9-8 Months Before Ceremony Solemnization’s place – Reception’s place – Solemnization theme – Reception theme – Family theme for bride side – Family theme for groom side – 7 Months Before Ceremony  Listdown b

Checklist : Pertunangan

Salam.. hye fellah......!! Kiutnya awak baca blog kita... eheheh ^_^ Ok lah dear readers... Now aku nak share dengan kamuuu semua, Senarai Periksa (Checklist) untuk memastikan sebuah majlis pertunangan itu berjalan lanchorrr & supaya kita tak jadi hijau kerana marah dihari pertunangan.. Masa tunang tu muke mesti kasi sweet, blushing2. Jangan sampai bakal mak mentua terasa nak mempertimbangkan semula untuk menjadikan anda sebagai menantu... gitewwww... So adik2 (dah kahwin ni terasa tua sikit), pertunangan ni bukanlah sesuatu yang wajibulghunnah. Cuma 1 stage / adat untuk kita lebih mengenali pasangan kita lebih mendalam sebelum diijabkabulkan.. Tapi bukan lah lesen untuk kita terlalu "mendalami" pasangan iteww... salah..!! haaaa~~ Terpulang untuk kita nak buat majlis secara besar-besaran (sampai panggil artis datang buat magic show) atau secara kecil-kecilan (buat magic show sendiri depan tetamu)..Macam wajib pulak way ma

!!..DEMAM PANAS..!! - Daun Bunga Raya

Salam.. Hye uolz yang vouge de vass..!! iolz nak bercerita sambil bagi petua kat uolz ni... Sejak bila blog ni jadi blog petua..? Blog aku, suke hati aku la... hahaaaii Nak dijadikan ceritaaaaa.......... jap, betulkan anak rambut terkeluar dari tudung.. Okay, sambung balik... My beloved hasben demam baru-baru ni.. even just dok lepak sebelah dia pun dah boleh rasa kebahangan kepanasan kesuhuan kebadanan dia tu.. panasss... hot..! hot..! So, sebagai isteri yang soleha... Jap, nak betulkan tudung plak, kurang labuh rasanya...  Aku pun fikir la, apaaa nak dibuat.. nak bagi makan ubat, ubat xde... Lagi pun dia mana nak makan ubat-ubatan sangat ni.. Hasben kate badan rasa xselesa, perut macam senak. Susah nak buang angin.. Uiiii.... Memandangkan masa tu kat hotel, hasben kursus 2 hari.. Ape la sangat peralatan yang ada kat hotel tu.. Gergaji, tukul besi, cangkul.. Before tidur just bagi dia minum air suam, lepas tu tuamkan perut dia.. Letak air panas dalam botol, balu