Skip to main content

Renew Cinta


Salam..!! Hye  uolz..!


So, tak nak berbasa basi busu lagi, ahkoq yang cun gila ni nak share dengan ahdik2 vogedevass semua tentang RENEW @ memperbaharui cinta & perkahwinan.. Sejak bila mak jadi kaunselor perkahwinan ni nak oi..? Sejak mak dapat mimpi basah.. ye la, mimpi umah den banjir, ujan lebat... air pulak masuk rumah.. Motip..?






Perasan atau tak, sebelum kahwin a.k.a masa bercinta, uolz sanggup ni pergi kerja makan  biskut mayat hari2 itu pun simpan separuh untuk makan time dinner.. Sebab..? Nak isi topup borak ngan gepren / boipren masing-masing & borak sampy tertidur.. aku pun pernah..!! ngeh ngeh ngeh

Dah borak, sms, wassap, wechat, line, & bagaibagaibagai.. cakap pasal apa eh..? Tak kan nak borak pasal ternakan lembu nenek kat kampong suka makan apa... Pastinya meluahkan isi hati yang dah diulang2 berjuta lemon kali.. Lebiu.. Lebiutoo.. Misiuu.. Misiuutoo..  Disertakan dengan tangisan kerinduan katenye..! haha Giteww..

Tak cukup lagi, soalan wajib.. 

“sayang dah makan..?  makan apa..? tak ajak pun.. sayang buat apa..?? berak..? tak ajak pun..? sayang sihat..? kalau tak sihat pegi la klinik.. dah pegi..?? 
TAK AJAK PUUUNN?” 

Begitu lah contoh skema soalan.

 Rasa bosan jauh sekali, kalimat cinta cinta harkktuii tu umpama membuatkan kita terbang melayang dan tak pulang kembali.. Wah..!Mantop..  Selagi tak bernanah telinga , ulang sajo.. Thats because we love each other..

Macam mana pula selepas kahwin, masih ringan lagi kah mulut seksi ini nak luahkan semua itu..? Sinonim lagi kah ayat-ayat cinta dengan kata-kata romantiss getiss itu semua..? Jawab soalan aku..!!

Memang ada sesetengah pasangan yang berubah selepas kahwin, dengan alasan, DAH KAHWIN, nak kelam kabut apa lagi.. Dah kahwin tu maknanya sayang la, nak rindu-rindu apa lagi.. Everyday looking at the same face, talk with the same person.. Eat together, sleep together.. Tak sempat la nak rindu.

 Nak gurau senda..? Dulu belum ada idea nak buat lawak dah gelak nangis-nangis, sekarang buat lawak cipan tonggek pon muka masam ketattt je. Katanya lawak u dah tak relevan, lawak u not my taste..!

Tapi tahukah kawan-kawan, sebab pemikiran macam tu la kadang-kadang sesetengah marriage ni jadi sangat boring.. Perasaan sayang tu tak di renew kan setiap hari.  Susah sangat nak say “I LOVE U, SAYA SAYANG AWAK” sampai nak kena mintak.. “Do you love me too..? Baik awak cakap sekarang, kalau taaaakk..”   Itu parah..! Dengan itu timbul lah was-was dalam hati sipasangan tentang tahap kecintaan kita, tambah pula dicucuk oleh sang syaitoooon yang direjam.. Huru hara bakal terjadi. Elakkan.


And, gurau bergurauan sesame suami isteri  itukan seronok. Hari hari gelak, hari hari bertepuk tampo.. Aku kejar ko, aku sempot, ko kejar aku balik... Bestnye...!!

Pernah dengar tak Romantik itu sunnah.. Bukan kahwin empat je sunnah.. eh..?? So, why not serapkan dalam marriage life kita kan..? Bukan satu kesalahan disitu. Wahai si laki & si bini , jangan kedekut ucapkan rasa sayang, tak rugi pun.. Untung lagi ada lah, pahala tu uolz..! Ke aku yang salah..? Tak susah pun kan..? Pakai air liur basi je, kalau rajin hugs la sikit. (yang dah kahwin je ek..!!)


Ok lah, nampaknya aku enjoy jadi jelmaan kekonon pakar motivasi. Sampai sini saja. Aku nak sambung rindu-rindu abg emcem.. Akhir kata, express your love to her/him, nothing gonna lose..

Sayang, Love U Lillahi Taala

Salam..!


Comments

  1. akhaq pon setuju dedek rura!!!!! malam ni nak main kejo2 kat rumah... dengan harapan dapat main tepok tampo ngan suami yer... hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TENGOK ORANG ADA ANAK..

Assalamualaikum!  Haaaaa... Tumpul idea ahkoq nak tulis apa tah kat blog ni... Kalau la ade jual idea kat kedai runcit Acheh tu, aku beli dah. Rm2.80 sekilo, termasuk GST.. puii.. Asal nak menulis je mesti rasa nak tulis pasal Adi Danial.. Rindu dia.. Ade gak rasa nak share pasal penyakit adi... Ni ha, mesin2 yang Adi ada ni. Nak jugak bagitau mesin apa yang Adi ada, function mesin tu semua, boleh la bagi sesapa yang memerlukan tu pinjam. Daripada rosak macam tu je kan? Nanti la, aku draft dulu ikut kerajinan. Sebab umi si Adi ni femalasan.. kahkahkah Donno why, lately ni aku xboleh dok sorang-sorang. teringat Adi je, terus banjir. Bukan xredha Adi dah kembali ke pangkuan Maha Pencipta. mungkin hanya perasaan rindu seorang ibu gojes macam aku,.,. giteeww.. Tengok orang sibuk siapkan anak2, aku teringat Adi.. Siapkan si Adi nak pegi appointment.. Susu, mesin susu.. Prepair tiub spare, tape untuk lekat tiub, kot kot la tiub kat mulut tu terkeluar.. Adi suka to...

SELEPAS 5 TAHUN!!

Assalamualaikum. after 5 years from the last entry, ini adalah entry yang pertama.  huiii kalau rumah terbiar ni, mungkin dah ada hantu duduk, kah!! from the past 5years, sekarang hidup aku dah banyak berubah. dulu blog ni la yang menjadi diary aku. aku suka menulis, tapi malas tu lagi suka kat aku. paham tak? Now aku mak anak 3 yang gendut. hahaha but alhamdulillah dari 3 orang anak tu, 2 orang penghuni syurga. jadi yang akan bersama aku hadap cabaran dunia sekarang anak yang no.2 Raed Mirza. he's my everything. dari kerja, sampai la resign semua untuk dia. sapa tak sayang anak kan? walaupun mak dia ni garang nak mammmm... hahaiii soooo, yah.. tak ada apa sangat yang aku nak cerita in my very 1st entry ni. just, aku harap aku jadi lebih rajin  mengupdate.. well, sekarang hidup aku sibuk bergelumang dengan dosa.. ehhh!! dengan latok! hahahhah                                    doakan juga...

CHECK LIST PERKAHWINAN

Salam... Hye B2B  ..!! Excited dok survey preparation for your wedding..?? Last N3 aku post bout "Checklist Pertunangan". So now, aku nak post bout..... tadaa..!! " CHECK LIST PERKAHWINAN "  Besties..! Gemoknye akuuuu ketike itu... Lembutnye pipi u.. Meh tenyeh sikitttt.... Excited x nak kahwinnnn uolzzz..??? hehee k la, byk yang uolz kena baca, so xreleven rasanya nak kumat kamit panjang berjela-jela... Gitewww... So, selamat membaca & menjulingkan mata anda. 12-10 Months Before Ceremony Tentukan tarikh & hari perkahwinan – Booking for MUA (solemnization) – Booking for MUA (reception) – Booking for OP – Booking for OV - Catering for Solemnization – Catering for Reception - 9-8 Months Before Ceremony Solemnization’s place – Reception’s place – Solemnization theme – Reception theme – Family theme for bride side – Family theme for groom side – 7 Months Before Ceremony  Listdown b...