Skip to main content

Dear, ADI DANIAL BIN SYAHRIL LUFTI

 Assalamualaikum.

Saat umi karang entri ni, Adi Danial Syahril Lufti dah pun hari ke-6 dijemput  Sang Maha Pencipta. Mungkin sekarang Adi dalam keadaan sihat, berada di dalam rumah syurga yang Allah dah janjikan untuk anak syurga macam Adi & dijaga oleh para malaikat & bidadari jelita. Alhamdulillah, bertuah kamu sayang, Umi cemburu , Umi belum boleh ke sana & menjaga Adi lagi. In shaa Allah, Umi akan berjuang di dunia ni, supaya dapat jumpa Adi di syurga nanti.. Adi tunggu Umi & Abi ya...

Terkenang setiap saat Adi dalam jagaan Umi & Abi. Kalau duduk sorang-sorang dalam bilik, mulalah tengok balik gambar Adi dari awal lahir sampai lah gambar hari terakhir sebelum Adi pergi.. Sumpah, Umi rindu Adi.. Umi rindu suara Adi, bau Adi, manja Adi.. Al-fatihah.. Tenang lah Adi, Umi & Abi baik-baik saja..

Kenangan mengandungkan Adi.

Sepanjang 8 bulan Umi mengandungkan Adi, memang senang, xada alahan yang teruk, mengidam yang extravaganza pelik atau perangai berubah jadi alien. Alhamdulillah, dipermudahkan semuanya. Cuma, Umi mengalami bleeding yang sangat banyak masa usia kandungan 3 bulan. Masa tu doktor sendiri kata mungkin xada harapan, mungkin baby dah x ada. Tapi, bila scan, Adi masih ada dalam rahim Umi.. Sihat, aktif.. Jadi, bleeding tu doktor kata “unknown reason” bleeding je.. Hurmm..

Kasut yang berlumuran darah semasa bleeding.

Dan, bila masuk usia kandungan 7 bulan, doktor kata, saiz baby sangat kecil berbanding usia kandungan. Walaupun dah 7 bulan ramai yang kata perut umi macam mengandung 5 bulan. Comeiii je. Jadi, kes kandungan umi di hantar ke HKL. Selama beberapa minggu check up di HKL, akhirnya Umi diarahkan warded & lahirkan Adi secara pembedahan. Sebab takut Adi lemas, saiz Adi masih tak ada sebarang perkembangan.

18 Julai 2014 (20 Ramadhan 1435) Jumaat  : 
Adi dilahirkan.

Alhamdulillah, selepas beberapa discussion dengan doktor pakar, Umi & Abi decided untuk keluarkan Adi secepat mungkin, walaupun pada mulanya doktor pakar nak buat ujian air ketuban yang memakan masa beberapa hari. Wanita mana yang suka perutnya ditoreh dalam keadaan sedar? Walaupun separuh badan dibius? Umi yakin, semua yang bergelar ibu sanggup buat semua tu demi anak-anaknya.. Keputusan Umi & Abi tepat, sewaktu Adi dilahirkan, Adi dah pun kebiru-biruan, tanda Adi kekurangan oksigen.. Ya Allah.. Sebak dada bila teringat balik.

Adi, masa umur seminggu - 2 minggu



Selepas Adi lahir, Adi ditempatkan di NICU selama 2 minggu, Adi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang pertama di hospital bersama-sama nurse. Raya ke 2 baru lah Umi & Abi datang. Bila tengok Adi dalam incubator, hilang semua sakit. Rasa nak peluk Adi kuat-kuat, tapi Umi takut, Adi kecik, 1.3kg je masa tu. Selepas 2 minggu , Adi dipindahkan ke Institut Paediatrik, Wad KK9. Selama 3 bulan Adi kat Wad KK9, sangat kerap Umi & Abi datang tengok Adi untuk lepaskan rindu. Saat semua ibu berpatang dirumah dengan anak dilengan, Umi menampung tangan diperut menahan sakit, duduk & berdiri melihat Adi dalam incubator. Boleh sentuh dari luar je sayang. Masa tu la doktor terangkan 1 per 1 masalah Adi. (Umi akan kongsi dengan semua dalam entry yang lain, In shaa Allah) Masa tu Umi fikir, apalah sangat sakit torehan diperut umi kalau nak dibandingkan sakit yang ditanggung anak kesayangan umi ni.. Allah je yang tau macam mana perasaan Umi & Abi.. Tapi kami yakin, Adi kuat!

betapa sejuknya hati Umi bila Adi pandang Umi


Adi , 3 bulan


 Alhamdulillah. Selepas tu Adi dipindahkan ke Wad KK8, menandakan Adi dah semakin stabil dengan berat 2.6kg. Perancangan Allah yang terbaik, masa tu Umi betul-betul habis pantang, Umi dipanggil untuk tinggal di hospital menjaga Adi sepenuh masa. Banyak yang Umi kena belajar sebelum  bawa Adi balik. Cara bagi ubat, cara pakai mesin susu, cara jaga kebersihan, cara cucuk kaki Adi untuk ambil darah test gula. Sebulan berkampung di KK8, akhirnya kita discharged. Teruja gila masa tu!

Adi pulang ke rumah untuk kali pertama selepas usia 4 bulan.

Selama Adi di rumah, Adi la penyeri.. Makin hari makin aktif, suara makin kuat. Genap usia Adi 6 bulan Adi baru pandai menangis & menjerit. Haha. Tak ada siapa nak pujuk pun bila Adi nangis, sebab cute sangat! Bila dipeluk, Adi diam. Adi suka keluarkan lidah sebab Adi dapat rasa ada tiub kat lidah Adi. Kadang Bila Adi tidur, Adi akan hisap tiub tu.. cuuuttt..cuuuttt.. cuuttt... kuat bunyinya! Hahaha.. Adi akan cepat tidur kalau disentuh.  Lagi 1, Adi suka madu. Selalunya setiap pagi Abi yang akan suapkan Adi madu sikit.. Adi suka jugak mandi, bila masukkan dalam air, Adi diam je.. Kaki Adi seakan-akan nak melompat-lompat. Nampak sangat Adi seronok. Walaupun Adi belum pandai ketawa, apatah lagi senyum...Haaaa.. Rindunya sayang..

On the way to hospital, Adi's Check up
setiap bulan Umi & Abi bawa Adi ke hospital untuk Appointment. Tambah ubat & ambil darah. Paling favourite, bawak Adi pergi Fisio.. Ajar Adi meniarap, exercise.. Bila ada kat rumah ni berebut-rebut makcik2 Adi nak pegang, lagi2 bila waktu “rest” susu, off je mesin, Adi dah kena angkut ke luar rumah, tengok matahari. Sama jugak lah bila bawak Adi balik rumah nenek kat Rawang. Sekali dapat dukung, memang nenek xlepas. Nampak kan? Semua sayang sangat kat Adi. Bila umi kerja, fikiran umi hanya ada Adi. Tak sabar-sabar nak balik. Bila sampai rumah dalam pukul 7.30 pm , biasanya Adi akan terjaga dari tidur, sambut kepulangan Umi & Abi, kasi caaann kat Abi gomol Adi dulu, sebab bila waktu tgh malam hingga pagi, umi pulak yang akan jaga ubat & susu Adi. Kadang-kadang kalau umi “lost” Abi plak yang jaga.. haha


Usia 7 bulan, kesihatan Adi terganggu.

Adi tiba-tiba kerap  sawan, walaupun tak demam. Sehari lebih 10 kali sawan. Umi & Abi prepare semua barang Adi & Umi dulu sebelum bawa ke HKL , sebab mesti kena warded punya.  Sampai saja di lobi Institut Paediatrik Adi makin mengamuk.. mengerang, macam rasa sakit sangat, tapi umi xtau kat mana. Kelam kabutnya Umi masa tu, terus bawak adi masuk & Adi warded.



Sayunya hati Umi & Abi bila tengok lebam hasil tusukan jarum kat tangan & kaki Adi. Rasa nak maki, tapi tu dorang terpaksa buat untuk tolong Adi jugak.. Cuba bersabar walau dalam hati menggelegak nak marah. Hari ke 4 Adi warded, Adi mula buka mata. Ya Allah, happynya! Adi membebel macam biasa, Cuma gerakan tangan & kaki Adi kurang aktif. Kesan ubat kan? Hurmm..

Adi yang semakin sihat.

Hari demi hari kesihatan Adi makin membaik, Umi dah seronok nak bawak Adi balik. Tapi Tiba-tiba Adi sawan semula. Kali ni lebih kerap, 15 kali sawan sehari. Kemudian doktor pulak dapat kesan Adi terkena jangkitan kuman MRSA dari dalam wad. Di paru-paru & darah. Allahurabbi. Sudah la urat Adi halus, antibiotik pulak kuat, setiap setengah jam ke 3 jam bertukar urat & jarum. Banyak lebam- lebam dibadan Adi. Setiap kali nak cari urat baru untuk dicucuk, Adi terpaksa di masukkan ke ICU & diserahkan kepada doktor yang lebih pakar. Tapi hanya bertahan hanya untuk beberapa jam saja & akhirnya, doktor putuskan membuat pembedahan untuk tebuk dada Adi & masuk kan CVL.. Tiub halus untuk masukkan ubat atau untuk ambil darah yang direct ke jantung. So lepas ni tak perlu lah lagi Adi di cucuk2 lagi..



Selepas pembedahan, Adi masih belum stabil. 3 hari di ICU baru lah Adi dibawa turun ke wad biasa, Cuma kali ni Adi dapat bilik khas untuk elakkan jangkitan kuman. Kita berdua je dalam bilik tu sayang, kadang-kadang Abi tidur sekali. Kesian Abi hari-hari berulang Kuala Kubu – KL Sentral – HKL , tapi sebab sayang & rindukan anak, xsanggup berjauhan lama dengan Adi. Abi sanggup buat apa je.

Kisah Adi Danial di Berita Harian

1 hari seorang repoter BH (Nasuha @ Suha) call Umi untuk interview, katanya kawan Mummy Nas. Mummy Nas ni kawan Umi  yang kerja kat BH jugak. So Mama Suha minta kebenaran untuk share kisah Adi dalam 1 slot BH, sebab penyakit @ keistimewaan Adi ni sangat jarang-jarang berlaku.  Bukan sebab gila glamour  atau sebab nak raih simpati Umi nak kongsikan kisah Adi. Tapi jugak as knowledge & semangat untuk ibu bapa yang ada anak seistimewa Adi. Umi bukan seorang yang kuat, tapi Abi & Adi  yang buat Umi kuat.







Alhamdulillah, ramai yang datang ziarah Adi.. Kawan Umi yang menghilang bertahun2 datang nak jumpa Adi, family yang tah berapa lama tak dengar berita call bertanya tentang Adi. Umi pun kena marah sebab tak bagi tau semua orang, kebanyakkannya tau Adi  “xsihat” dari BH je.,, Maaf ye semua, saya xtau macam mana nak mulakan cerita. Thanks to Mama Suha & Mummy Nas.. terima kasih semua yang sudi datang & mendoakan Adi. Sesungguhnya Adi pengerat silaturrahim.

Bawa Adi pulang.

Hampir 2 bulan Adi di wad, kesihatan Adi turun naik. Pernah sekali Adi sawan lebih dari 35x sehari, bila masukkan ubat sawan yang agak kuat, Adi akan tidur berhari-hari. Kesian anak Umi. Sehingga lah 21 April 2015 kesihatan Adi stabil. Adi tak demam, xsawan, xmuntah. So doktor sarankan untuk bawa Adi pulang. Gembiranya rasa hati!  Setelah 2 bulan, 23 April 2015, Adi dibawa pulang.. Alhamdulillah.



Malam pertama Adi di rumah, Adi tidur lena. Semua happy.. 2nd day, Adi mula buka mata sikit-sikit. Kebanyakan masa Adi tidur, hanya terjaga bila Adi tak selesa & kahak penuh.  Umi terpaksa sedut kahak Adi dengan mesin sedut kahak yang Abi baru masa kat hospital. Lepas sedut tu Adi lega & sambung tidur. Malam ke dua, Adi merengek, tau tau Adi nak apa.. Pampers umi dah tukar, kahak pun x ada. Umi tunggu time “rest” susu Adi , lepas tu Umi angkat Adi tidur tengah2 antara Umi & Abi. Baru lah Adi tidur lena..  Adi nak manja dengan Umi & Abi ye?

25 April 2015 (6 Rejab 1436) Sabtu: 
Hari terakhir.

Bangun pagi macam biasa, sedut kahak Adi dulu sebelum start susu. Supaya Adi selesa. Tapi hari tu tak macam hari biasa.. kahak Adi banyakkk sangat, tak hilang2.. Adi tidur pun xselesa, macam susah nak tarik nafas. Kadang Umi & Abi bagi Adi oksigen.. Baru Adi nampak lega. Lepas solat maghrib Umi letak Adi kat riba Umi. Kahak masih banyak.  Umi sedut kahak, tp tak ada. Abi cakap, nanti kalau bayak lagi xhilang-hilang kita bawak Adi pegi hospital & ambik nap. Sementara tu Umi buat macam biasa, tiarapkan Adi & tepuk2 belakang Adi sikit.. Memang banyak sangat kahak & air liur yang keluar. Nafas Adi nampak macam makin reda, tak terlalu tarik kuat. So Umi biarkan Adi rehat kat riba Umi.

Adi tarik nafas panjang. Lepas tu Umi tak rasa apa-apa pergerakan dari jantung  atau turun naik perut Adi. Adi senyap. Umi terus jadi tak sedap hati & angkat Adi. Umi tengok muka Adi dah biru, bibir Adi dah hitam. Ya Allah. AllahuAkbar. Umi cuba bagi Adi oksigen, tp tak ada respon. Umi menidakkan kata hati Umi yang merasa Adi dah tak ada. Umi anggap Adi lupa bernafas, Adi pengsan..

Sepanjang dalam perjalan ke hospital KKB, Umi panggil nama Adi.. “Adi Danial, sayang, bangun... Adi Danial, jangan tidur.. Adi Danial, bukak mata”.. Sesampai emergency room, Umi serahkan Adi pada doktor. Hanya Allah yang tahu macammana perasaan Umi & Abi. Umi pernah berjanji tak akan nangis, tapi waktu itu umi mungkir janji. Umi menangis hingga tangan menggigil. Umi takut kehilangan anak yang Umi sayang.

Doktor datang jumpa & bagitahu Adi dah tak ada. AllahuAkbar. Secepat ini? Umi cuba bangun nak pergi tengok Adi disebalik tirai tp Umi lemah. Umi rebah ke lantai. Umi masih sedar & menangis tapi umi tak kuat untuk berdiri. Abi & Nek Wan tolong papah Umi ke katil Adi. Adi kaku & pucat. Lagi sekali Umi kalah sayang. Umi mintak maaf, Umi tak kuat. Umi ambil Adi & Umi peluk.. Seakan-akan Adi sedang tidur dalam pelukan Umi.. Masih dalam keadaan tidak percaya, masih cuba mengejutkan anak kesayangan yang “lena” dipangkuan. Sekali2 Umi istighfar & menyebut nama Allah, tapi ada juga Umi menyalahkan diri sendiri. “maafkan umi, umi salah” “kenapa cepat sangat” “ Adi belum tengok muka Umi & Abi sebelum pergi” “Adi Danial tolong la bangun, Umi sayang Adi, Abi sayang Adi”.. Umi macam orang gila, suara Umi sorang je yang kedengaran dalam wad kecemasan tu.. Maafkan Umi sayang. Umi mungkir janji..

Adi dibawa ke Unit forensik untuk pengesahan kematian, berat langkah Umi untuk bawak Adi keruangan bilik mayat, Umi tak mampu nak berjalan, tapi Umi tak benarkan sesiapa pun  yang dukung Adi selain Umi. Masih berharap Adi akan bangun semula. Sehingga lah pulang ke rumah, Adi ditutup dengan kain batik & kain putih. Baru lah Umi boleh terima, “Anak Umi dah tak ada”. Sepanjang malam Umi & Abi duduk ditepi Adi.. Kadang menangis, kadang diam termenung. Masing-masing cuba mencari kekuatan.

Baju terakhir yang Adi pakai.

Pengkebumian.

Segalanya berlaku dengan cepat & lancar.  Pada pukul 9 pagi Adi dibawa ke masjid. Mandi jenazah disaksikan semua ahli keluarga & kenalan. Kebanyakannya semua tak dapat menahan sebak. Kalau ikutkan hati Umi, Umi nak peluk sayang & tak benarkan sesiapa sentuh.. tapi itu salah, Umi tak boleh buat macam tu... Selesai  solat jenazah, Abi yang dukung Adi sepanjang perjalanan ke tanah perkuburan. Dan bila dah dimasukkan ke liang lahad, lagi sekali Umi tewas. Air mata mengalir tak berhenti.. Semua kembali tenang, bila doa habis dibaca.

Dan bermulalah hidup Umi & Abi tanpa Adi disisi. Alhamdulillah. Adi dah sihat di syurga. Adi tak payah lagi rasa segala kesakitan di dunia. Apa Adi nak, kat syurga, semua ada.. Kadang Umi bergurau dengan Abi, “apa agaknya Adi buat sekarang kan ? Naik basikal kot kan?” ... tapi apa yang Umi bayangkan Adi  naik kuda syurga yang besar & gagah. Yang boleh terbang tinggi.. Kenapa kuda yang gagah? Segagah & sekuat Adi Danial.. Sesuai dengan nama Adi yang bermaksud PEJUANG. Adi dah berjuang selama 9 bulan di dunia.. Alhamdulillah.. Terima kasih sayang, Adi dah menjadi seorang anak yang sangat baik selama ni.. 

Hari ke-6, Umi & Abi dah semakin stabil. Abi pesan, kalau rindu Adi selalu bacakan Al-fatihah. And i'm gonna spend my whole life to reads u Al-Fatihah, sayangku. Damai lah Adi di sana, tunggu Umi & Abi ye sayang. Umi & Abi sayang Adi.. We miss u so much..



AL-FATIHAH


“muncul lah dalam mimpi, & senyum lah walau untuk kali pertama & terakhir”

Comments

  1. Sedih cerita dan jalan cerita Adi.. abg kagum dengan adik.. adik kuat.. tabah.. damai la adi di sana.. tgu umi ya.. inshaallah.. al fatihah
    sabar ya dik (abg wan)

    ReplyDelete
  2. Bertabah la rura. Cantiknya mata adi. Hidung mancung.

    ReplyDelete
  3. Bertabah la rura. Cantiknya mata adi. Hidung mancung.

    ReplyDelete
  4. Innalillahhiwainnailaihirojiun
    Tabahkab hatimu dik.. insyaAllah.. dia bahagia di sana.. menanti kita di pintu syurga.. akak juga punya insan istimewa sepertimu yg menanti kita dipintu syurga...

    ReplyDelete
  5. salam rura..
    Dua kali ana baca..dua2 kali pon nangis tesedu2..
    Tabahla hati wahai umi dan abi..
    Berbanggalah kamu sbb ade anak syurgawi seperti adi..
    Alfatihah utk adi..

    ReplyDelete
  6. Cantiknya anak syurga ni... mata cantik, hidung cantik.... sabarlah wahai ibu.. anak mu menantimu di syurga...

    ReplyDelete
  7. Ssebaknye baca kisah ni.... mengalir air mata... sungguh tabah umi adi... adi menantimmu di pintu syurga whai umi

    ReplyDelete
  8. Menangis baca kisah ni..buat umi Adi...bersabarlah...mg Adi damai di sana..

    ReplyDelete
  9. semoga ibu Adi tabah, yer..
    Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..

    ReplyDelete
  10. Allahu Akbar. Ujian Allah sememangnya hanya untuk mereka yang layak. Semoga Allah gantikan musibah ini dengan kebaikan yang melimpah-melimpah.

    ReplyDelete
  11. Allahuakhbar.. Indah sungguh jalan cerita yg Allah beri utk sis. Alhamdulillah Ada anak syurga yg menanti sis di akhirat kelak.. Moga Allah limpahkan rahmatNya buat sis sekeluarga.. Saya yg mmbaca pun mengalir airmata apatah lagi sis yg berjuang menghadapi ujian Allah. Smoga tabah sis. Allah knows :')

    ReplyDelete
  12. Allahuakbar sedihnya bergenang2 air mata. Tabah ya sis. Al Fatihah utk Adi. Comelnya Adi. Untung sis ada yg menanti di Sana.

    ReplyDelete
  13. Sedih...sayu...syahdu...
    Kuatlah ibu, tabahlah ayah.
    Adi Danial menanti umi dan abinya di syurga...

    Al-fatihah..

    ReplyDelete
  14. Bsbrla sis..u r very strong..menitis air mata sy..btw.bb boy kita sbaya..cuma my bb awal shari dr adi..

    ReplyDelete
  15. Bertabahlah umi & abi adi.. anda insan terpilih.. pilihan Allah utk diuji sedemikian.. skrg anda berdua sudah punya saham di syurga.. iaitu adi.. semoga kamu sekeluarga bertaut kembali di sana.. amin ya rabb..

    ReplyDelete
  16. Mnangis sy baca entri ini..sy berdoa agar sis n suami di beri ketenangan..

    ReplyDelete
  17. Damailah di sana anak syurga....buat mak dan ayahnya..semoga tabah & kuat menghadapi ujian ini...


    *sedih n sebak dgn coretan ini...al fatihh baby adi

    ReplyDelete
  18. Sebak bc kisah ni..tempat adi di syurga Allah. Al-fatihah. Utk semua, kisah ni mengajar kita supaya bersyukur dan menghargai setiap apa yg berlaku dan setiap apa yg kita ada..Allah~

    ReplyDelete
  19. Menitis air mata bila baca cerita ni.anak saya ahmad zareif daniell..telah kembali bertemu penciptanya pada 4 Dec 2013.esok 3/5/2015 genap usianya 2thn.hanya Allah yg mengetahui prasaan seorang ibu yg kehilangan anak...terima kasih Ya-Allah walaupun dipinjamkan bayi comel itu hanya untuk 6bln.

    ReplyDelete
  20. Tempat Adi di syurga.
    InshaAllah, adi akan tunggu umi dan abi nya.

    ReplyDelete
  21. ................ xbole dibayangkn seandainya dalam situasi yang sama macm ni :( sebak baca

    ReplyDelete
  22. Sedih sgt baca cerita sis rura..menitis air mata ni..moga umi n abi adi akan tabah hingga ke akhirnya..adi anak syurga..arwah akan menanti umi n abinya di sana..alfatihah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CHECK LIST PERKAHWINAN

Salam... Hye B2B  ..!! Excited dok survey preparation for your wedding..?? Last N3 aku post bout "Checklist Pertunangan". So now, aku nak post bout..... tadaa..!! " CHECK LIST PERKAHWINAN "  Besties..! Gemoknye akuuuu ketike itu... Lembutnye pipi u.. Meh tenyeh sikitttt.... Excited x nak kahwinnnn uolzzz..??? hehee k la, byk yang uolz kena baca, so xreleven rasanya nak kumat kamit panjang berjela-jela... Gitewww... So, selamat membaca & menjulingkan mata anda. 12-10 Months Before Ceremony Tentukan tarikh & hari perkahwinan – Booking for MUA (solemnization) – Booking for MUA (reception) – Booking for OP – Booking for OV - Catering for Solemnization – Catering for Reception - 9-8 Months Before Ceremony Solemnization’s place – Reception’s place – Solemnization theme – Reception theme – Family theme for bride side – Family theme for groom side – 7 Months Before Ceremony  Listdown b

Checklist : Pertunangan

Salam.. hye fellah......!! Kiutnya awak baca blog kita... eheheh ^_^ Ok lah dear readers... Now aku nak share dengan kamuuu semua, Senarai Periksa (Checklist) untuk memastikan sebuah majlis pertunangan itu berjalan lanchorrr & supaya kita tak jadi hijau kerana marah dihari pertunangan.. Masa tunang tu muke mesti kasi sweet, blushing2. Jangan sampai bakal mak mentua terasa nak mempertimbangkan semula untuk menjadikan anda sebagai menantu... gitewwww... So adik2 (dah kahwin ni terasa tua sikit), pertunangan ni bukanlah sesuatu yang wajibulghunnah. Cuma 1 stage / adat untuk kita lebih mengenali pasangan kita lebih mendalam sebelum diijabkabulkan.. Tapi bukan lah lesen untuk kita terlalu "mendalami" pasangan iteww... salah..!! haaaa~~ Terpulang untuk kita nak buat majlis secara besar-besaran (sampai panggil artis datang buat magic show) atau secara kecil-kecilan (buat magic show sendiri depan tetamu)..Macam wajib pulak way ma

!!..DEMAM PANAS..!! - Daun Bunga Raya

Salam.. Hye uolz yang vouge de vass..!! iolz nak bercerita sambil bagi petua kat uolz ni... Sejak bila blog ni jadi blog petua..? Blog aku, suke hati aku la... hahaaaii Nak dijadikan ceritaaaaa.......... jap, betulkan anak rambut terkeluar dari tudung.. Okay, sambung balik... My beloved hasben demam baru-baru ni.. even just dok lepak sebelah dia pun dah boleh rasa kebahangan kepanasan kesuhuan kebadanan dia tu.. panasss... hot..! hot..! So, sebagai isteri yang soleha... Jap, nak betulkan tudung plak, kurang labuh rasanya...  Aku pun fikir la, apaaa nak dibuat.. nak bagi makan ubat, ubat xde... Lagi pun dia mana nak makan ubat-ubatan sangat ni.. Hasben kate badan rasa xselesa, perut macam senak. Susah nak buang angin.. Uiiii.... Memandangkan masa tu kat hotel, hasben kursus 2 hari.. Ape la sangat peralatan yang ada kat hotel tu.. Gergaji, tukul besi, cangkul.. Before tidur just bagi dia minum air suam, lepas tu tuamkan perut dia.. Letak air panas dalam botol, balu