Wednesday, March 20, 2013

I'm not Me

Salam..

Hellowww peeps..!!

Nampak tajuk ..? Bajet macam nak buat entry omputeh la kan..? nan ado..! hahaiii
Hari ni xada rasa nak buat entry bout persediaan kawen ke, tunang ke.. Tapi aku pun xtau... Mengong sangat... Just sesaje nak tukar mood, dari menggila ke menggalau.. Galau..? ape iteeewww cikgu...? Galau means jiwang (kot..?) .. Ini adalah merupakan satu pengaruh yang kuat dari lagu baru Dato' Siti kite ye anak2..

Mungkin masalah hormon yang tunggang tungging, emosi yang berkecamuk, jiwa yang terguris & fikiran yang bersemak samun, berpaya & ber jentik-jentik. Aku jadi bukan aku. Mungkin untuk 2 3 hari ni... or mungkin sepanjang minggu ni.. or untuk berbulan2..? ohh tidak..! harap2 perasaan yang menyusahkan diri ni hilang sekarang jugak... now..!! now..!! now..!!




i hate all the changes that happening lately in my life.. i become too paranoid.. (nampak x tunggang langgang bahase tu..?)

Paranoid xtentu hala.. prasangka yang bukan-bukan.. Hati gundah sepanjang masa.. (bahase tu... bahasee...) Sejak bila..? Sejak aku mula rasa insecure.. Kenapa..? Maybe sebab aku tak ada keyakinan & kepercayaan dalam diri ..

Memang senang akhir-akhir ni untuk rasa marah.. sedih.. sikit2 nak sentap.. Air mata macam air terjun.. Perubahan ni normal ke bagi orang yang baru kahwin..? ke aku sorang je yang xnormal..?

Kebanyakan perkara dalam hidup kita akan berubah mengikut peredaran masa.. Samada kita sedar atau tak. Bersyukurlah jika perubahan itu membawa kepada kesan positif dalam hidup kita.. Jika tidak, bersabarlah.. Mungkin ada hikmah.. 

Aku terima segala perubahan yang berlaku jika memang ini telah tertulis dalam takdir aku...

Dengan banyak perubahan & tekanan yang berlaku disekeliling aku akhir2 ni, baru dapat aku fikir dengan lebih jauh. Apa yang aku harapkan, bukan semua akan menjadi seperti yang dirancang.. Mungkin dulu aku harapkan untuk maintain kurus kerengga, tapi sekarang petak bersegi tepat.. 
Segalanya berubah, dari fizikal, kelakuan, keadaan sekeliling, sosial, minat, hati & lain2.



Setiap saat syaitan membisikkan kata2 hasutan & aku belum cukup kuat untuk melawan kesemua hasutan itu. Mungkin aku bukan muslim yang sempurna, tapi aku mencuba memperbaiki diri selagi boleh. 

Kadang2 aku terfikir, xada ke kat kedai jual penapis telinga..? menapis segala hasutan syaitan dari masuk ke telinga & mengacau bilaukan hati manusia yang lemah ini. Tapi ini bukan soal alat penapis telinga yang diidam2kan..
Tapi ini soal iman, iman aku masih belum kuat.. Hurmm

Semoga Allah menyembuhkan penyakit hati yang menyinggah dalam diri aku. 
Semoga Allah memberi aku ketenangan 
Semoga Allah memberi hidayah terhadap hamba-NYA ini
Semoga hilang segala paranoid & prasangka..

Kadang-kadang aku rasa aku ni macam tin kosong. Pung pang pung pang.. Huha huha.. Padahal hati aku xda apa.. Bila berjalan mata pandang ke hadapan, tapi hati & fikiran aku melayang-layang entah ke mana.. Terasa sangat yang aku ni "EMPTY".. 


Mengadu, merengek, merungut tapi xusaha apa2 untuk perbaiki diri & keadaan , semuanya tak akan selesai.. Aku berharap aku diberikan kekuatan.. Demi Allah.. Demi Rasulullah.. Demi diri aku sendiri.. Demi suamiku Syahril Lufti... Demi keluarga aku..

In Syaa Allah...



3 comments:

  1. Sabar dgn dugaan ye u. Jgn dilayan sgt :)

    ReplyDelete
  2. Memang senang akhir-akhir ni untuk rasa marah.. sedih.. sikit2 nak sentap.. Air mata macam air terjun.. Perubahan ni normal ke bagi orang yang baru kahwin..? ke aku sorang je yang xnormal..?

    Hai Rura, apapun emosi yang sedang kita rasakan, adukan semuanya kepada Yang Maha Esa. Dia Yang Maha Mendengar Yang Maha Mengetahui. Kuatkan semangatmu, kuatkan dalamanmu, In Shaa Allah keadaan akan menjadi lebih baik.

    My recent post : Semua Emel Sudah Dibalas

    ReplyDelete

ZAWARA.

...