Skip to main content

keREWANGan

Salam..!

Ade lagi ke zaman sekarang ni orang yang hobi nak rewang merewang ni..? Ade la dik noonnn... 

Nak dijadikan cerita, semalam aku join 1 kenduri tahlil, rumah kawan aku.. Sebelum aku sampai rumah dia, aku dok fikir yang bakal aku jumpa mesti  mokcik-mokcik. Macam mane nak cari geng...??? Sempat lagi nak cari geng kat kenduri tahlil.. Gile aku ni...

Bila dah sampai, rupa2nya sangkaan aku ada sikiiiittt tergeliat. Ramai jugak anak muda remaja macam aku rupenye.. (Muda remaja kahh akuuuhhhh..? Rase mual pulak tetibe.. haha)  Yang sebaya aku pun ada datang, kawan kelas aku pun ada.  So, masuk rumah je aku terus cari kawan aku tu & duduk je sebelah dia. Jujur nak cakap, aku meme jarang bercampur dengan kejirannan aku tu... hampehkan cik rura ni..?

Sumbangan Pokcik Google

Waktu berbuka dah nak dekat, jemaah kenduri pun da habis baca doa. So, ape tunggu lagi, time2 tu la para wanita2 yang datang akan busy. Angkat dulang, hidang pada jemaah kenduri, & pastikan semua dapat bahagian masing2. 

Mula-mula aku just anggap "owhhh, ini kerja orang tua.. yang muda mudi ni mesti dok tepi je kot".. Tergeliat lg sekali, kali ni pakej dgn terseliuh. Semua para wanita, tak kira tua or muda, bahkan yang sebaya & lebih muda dari aku terus bangun & buat kerja masing2.. Tak kan aku nak tengok je john..?? Mesti la ikut bangun & tolong apa yang patut.

Ni la bahananya bila mak ajak join kenduri tp liat nak pegi. Once kena pegi sorang2 da terkezutt... Padan muke ambe..

Bagi pendapat aku, budaya rewang ini perlu dihidupkan semula dalam masyarakat terutamanya untuk masyarakat di taman-taman perumahan dan di bandar. Rewang ni suatu budaya yang baik sebab dapat merapatkan ukhuwah di kalangan masyarakat setempat. Waktu rewanglah kita dapat bertegur sapa dan mengenali jiran tetangga dengan lebih dekat. Kita tahu anak siapa, lorong mana jiran kita tinggal ,pekerjaannya, kahwin dengan siapa, ada anak BUJANG ke tak, & lain-lain. Sesuatu majlis akan nampak lebih meriah dengan kehadiran jiran-jiran yang datang membantu berbanding majlis yang nampak lesu mesu biar pun gah dengan katering berserta pelayan yang ensem2 & lawa2. Katenyee...


Ada yang kata ‘rewang’ adalah tempat kaum wanita mengumpat, mengeji & mengambil tahu hal orang lain. Tapi bagi aku bila datang ke majlis rewang, aku lebih kenal jiran aku. Terutamanya bagi orang yang macam aku, sugar glider bawah selimut. Kiut sikit la dari katak bawah tempurung. 

Jadi, lepas ni mungkin tak ape kot kalau aku nak join rewang lagi.. Seronok jugak sebenarnye, walaupun pada mulanya aku agak "keras kejung" sebab xbiasa. Padan muka ambe lagi sekali.

So, kawan-kawan..!! Jangan jadi macam ambe...Rajin-rajin la ikut mak pegi join venture merewang kat kenduri jiran tu yaww... Nanti korang kahwin xpayah upah katering yang mahal gile ungke tu, jiran-jiran yang baik hati mesti datang tolong masak.. Meriah uolzz..! 

Rewangkan lebih bagus & menjimatkan...?

Thanks coz reading yahh..! muahxoxoxo... lebiu..


Comments

Popular posts from this blog

CHECK LIST PERKAHWINAN

Salam... Hye B2B  ..!! Excited dok survey preparation for your wedding..?? Last N3 aku post bout "Checklist Pertunangan". So now, aku nak post bout..... tadaa..!! " CHECK LIST PERKAHWINAN "  Besties..! Gemoknye akuuuu ketike itu... Lembutnye pipi u.. Meh tenyeh sikitttt.... Excited x nak kahwinnnn uolzzz..??? hehee k la, byk yang uolz kena baca, so xreleven rasanya nak kumat kamit panjang berjela-jela... Gitewww... So, selamat membaca & menjulingkan mata anda. 12-10 Months Before Ceremony Tentukan tarikh & hari perkahwinan – Booking for MUA (solemnization) – Booking for MUA (reception) – Booking for OP – Booking for OV - Catering for Solemnization – Catering for Reception - 9-8 Months Before Ceremony Solemnization’s place – Reception’s place – Solemnization theme – Reception theme – Family theme for bride side – Family theme for groom side – 7 Months Before Ceremony  Listdown b

Checklist : Pertunangan

Salam.. hye fellah......!! Kiutnya awak baca blog kita... eheheh ^_^ Ok lah dear readers... Now aku nak share dengan kamuuu semua, Senarai Periksa (Checklist) untuk memastikan sebuah majlis pertunangan itu berjalan lanchorrr & supaya kita tak jadi hijau kerana marah dihari pertunangan.. Masa tunang tu muke mesti kasi sweet, blushing2. Jangan sampai bakal mak mentua terasa nak mempertimbangkan semula untuk menjadikan anda sebagai menantu... gitewwww... So adik2 (dah kahwin ni terasa tua sikit), pertunangan ni bukanlah sesuatu yang wajibulghunnah. Cuma 1 stage / adat untuk kita lebih mengenali pasangan kita lebih mendalam sebelum diijabkabulkan.. Tapi bukan lah lesen untuk kita terlalu "mendalami" pasangan iteww... salah..!! haaaa~~ Terpulang untuk kita nak buat majlis secara besar-besaran (sampai panggil artis datang buat magic show) atau secara kecil-kecilan (buat magic show sendiri depan tetamu)..Macam wajib pulak way ma

!!..DEMAM PANAS..!! - Daun Bunga Raya

Salam.. Hye uolz yang vouge de vass..!! iolz nak bercerita sambil bagi petua kat uolz ni... Sejak bila blog ni jadi blog petua..? Blog aku, suke hati aku la... hahaaaii Nak dijadikan ceritaaaaa.......... jap, betulkan anak rambut terkeluar dari tudung.. Okay, sambung balik... My beloved hasben demam baru-baru ni.. even just dok lepak sebelah dia pun dah boleh rasa kebahangan kepanasan kesuhuan kebadanan dia tu.. panasss... hot..! hot..! So, sebagai isteri yang soleha... Jap, nak betulkan tudung plak, kurang labuh rasanya...  Aku pun fikir la, apaaa nak dibuat.. nak bagi makan ubat, ubat xde... Lagi pun dia mana nak makan ubat-ubatan sangat ni.. Hasben kate badan rasa xselesa, perut macam senak. Susah nak buang angin.. Uiiii.... Memandangkan masa tu kat hotel, hasben kursus 2 hari.. Ape la sangat peralatan yang ada kat hotel tu.. Gergaji, tukul besi, cangkul.. Before tidur just bagi dia minum air suam, lepas tu tuamkan perut dia.. Letak air panas dalam botol, balu